JPJ ganti geran kenderaan dengan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) mulai 1 Jun 2016

Media Statement
Jun 1, 2016 05:51 MYT
Dengan VOC, semua semakan data dilakukan terus dengan sistem pengkalan data JPJ.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) yang akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa bermula 1 Jun 2016.
Pengenalan VOC masih lagi merupakan suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan.
Namun, dalam usaha untuk memudahkan urusniaga dengan JPJ, VOC yang diperkenalkan ini tidak lagi digunakan sebagai dokumen atau instrumen bagi urusan seperti Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), Tukar Hak Milik, atau Pindaan Maklumat.

Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bermula 1 Jun 2016 Fasa 1 : Pendaftaran Kenderaan Baru & Tukar Hak Milik Kenderaan pic.twitter.com/WppoFcGMNi

— JPJ Malaysia (@JPJ_Malaysia) June 1, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
VOC tidak mengandungi cetakan rekod urusniaga seperti mana yang terdapat pada RC, manakala semakan data dilakukan terus dengan sistem pengkalan data JPJ.
Pelaksanaan VOC bakal dibuat secara berperingkat seperti berikut:
JPJ mensasarkan, menjelang 1 Januari 2020 semua pemilik kenderaan berdaftar telah melaksanakan gantian RC Kenderaan kepada VOC.
Dengan pelaksanaan VOC ini, sistem penyampaian perkhidmatan melalui transaksi atas talian juga bakal lebih diperluaskan serta dilaksanakan dengan mudah dan pantas.
#Jabatan Pengangkutan Jalan #JPJ #Kad Pendaftaran Kenderaan #RC #Sijil Pemilikan Kenderaan #VOC