Ringkasan AI
- JPJ menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5 susulan insiden keselamatan yang tular di Johor Bahru.
- Pendaftaran baharu model dan varian terlibat ditangguhkan sehingga siasatan teknikal selesai dan risiko keselamatan dikenal pasti sepenuhnya.
- Chery Malaysia diarahkan mengenal pasti unit terjejas dan melaksanakan pemanggilan semula serta tindakan pembetulan sebelum penggantungan ditarik balik.
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5, sekali gus menangguhkan pendaftaran baharu kenderaan itu sehingga siasatan teknikal selesai dan risiko keselamatan dapat dikenal pasti.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan penggantungan sementara itu akan dilaksanakan secara bersasar terhadap model dan varian yang berpotensi terlibat.
“JPJ memandang serius insiden tular melibatkan sebuah Chery Omoda 5 di Johor Bahru pada minggu lepas sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap aspek keselamatan kenderaan itu.
“Jabatan ini ingin menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang ketidakpatuhan yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Aedy Fadly berkata Chery Malaysia dikehendaki mengenal pasti semua unit kenderaan yang berpotensi terjejas berdasarkan nombor komponen, kelompok pengeluaran, nombor casis serta parameter teknikal berkaitan.
Beliau berkata pelaksanaan pemanggilan semula hendaklah dibuat terhadap semua kenderaan yang dikenal pasti berisiko bagi tujuan pemeriksaan dan tindakan pembetulan sewajarnya.
Selain itu, JPJ akan melaksanakan audit teknikal terhadap proses pengeluaran dan pemasangan Chery Omoda 5 dan pembekal komponen gandar berkaitan.
Ia merangkumi pematuhan amalan pengilangan yang baik, sistem kawalan kualiti, prosedur pemeriksaan sambungan kimpalan serta tahap keselamatan komponen yang digunakan.
“Pengeluar bertanggungjawab memastikan setiap kenderaan yang dipasarkan memenuhi piawaian keselamatan dan keperluan teknikal yang ditetapkan.
“Penggantungan ini hanya akan ditarik balik setelah semua tindakan pembetulan dan pencegahan dilaksanakan sepenuhnya serta mendapat pengesahan teknikal daripada JPJ bahawa segala risiko keselamatan telah ditangani sewajarnya,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial video dan gambar sebuah Chery Omoda 5 tercabut gandar belakang kenderaan itu ketika sedang bergerak di jalan raya.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa JPJ menggantung sementara Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) Chery Omoda 5?
A: JPJ menggantung sementara VTA Chery Omoda 5 kerana insiden tular melibatkan tercabut gandar belakang kenderaan itu di Johor Bahru, yang menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan. - Q: Apakah tindakan yang perlu diambil oleh Chery Malaysia susulan penggantungan ini?
A: Chery Malaysia dikehendaki mengenal pasti semua unit kenderaan yang berpotensi terjejas berdasarkan nombor komponen, kelompok pengeluaran, nombor casis serta parameter teknikal berkaitan, dan melaksanakan pemanggilan semula untuk pemeriksaan dan tindakan pembetulan. - Q: Bilakah penggantungan pendaftaran baharu Chery Omoda 5 akan ditarik balik?
A: Penggantungan hanya akan ditarik balik setelah semua tindakan pembetulan dan pencegahan dilaksanakan sepenuhnya serta mendapat pengesahan teknikal daripada JPJ bahawa segala risiko keselamatan telah ditangani. - Q: Apakah langkah tambahan yang diambil oleh JPJ terhadap Chery Omoda 5?
A: JPJ akan melaksanakan audit teknikal terhadap proses pengeluaran dan pemasangan Chery Omoda 5 serta pembekal komponen gandar berkaitan, termasuk pematuhan amalan pengilangan, sistem kawalan kualiti, dan pemeriksaan sambungan kimpalan. - Q: Apakah insiden yang menyebabkan tindakan JPJ ini diambil?
A: Tindakan JPJ diambil susulan video dan gambar tular di media sosial yang menunjukkan sebuah Chery Omoda 5 tercabut gandar belakang ketika sedang bergerak di jalan raya.