MALAYSIA
JPJ jalin kerjasama dengan PBT, JKR tangani isu papan tanda ditutup pelekat
Aedy ditemubual pemberita pada HKJPJ 2025 di Pusat Sukan UKM hari ini. - Gambar Bernama
BANGI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang bekerjasama dengan Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menyelesaikan isu papan tanda di sempadan negeri Perak yang menjadi sasaran vandalisme dengan ditutup pelekat oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata walaupun hal berkaitan papan tanda bukan di bawah bidang kuasa jabatan itu, sebaliknya tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) serta JKR, pihaknya bersedia membantu dari segi penguatkuasaan undang-undang.
"Vandalisme bukan di bawah kuasa JPJ kerana kita lebih kepada penguatkuasaan peraturan jalan raya tapi kalau semasa rondaan kita mengesan perbuatan itu sedang berlaku, kita boleh tahan.
"Saya telah arahkan JPJ Pahang untuk berbincang dengan majlis daerah dan JKR bagi selesaikan isu papan tanda ini," katanya mengulas isu berkenaan pada sidang media Hari Keluarga JPJ (HKJPJ) 2025 di Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas papan tanda jalan yang ditutup dengan pelekat di Jalan Cameron Highlands, sempadan negeri Perak seperti tular di media sosial.
Beliau berkata setakat ini, hanya satu papan tanda dikenal pasti menjadi sasaran vandalisme dan kerja penggantian serta konservasi sudah dilaksanakan oleh pihak bertanggungjawab.
Sebelum itu, Aedy Fadly turut merasmikan dan menyertai program HKJPJ 2025 yang pertama kali diadakan selepas lebih 30 tahun sempena Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), selari dengan peranan jabatan itu sebagai agensi kerajaan yang proaktif dalam memperkasa kesejahteraan penjawat awam.
"JPJ adalah agensi kerajaan yang proaktif melaksanakan program Agenda Nasional Malaysia Sihat dan hari keluarga ini adalah satu lagi inisiatif ke arah keseimbangan kehidupan dan kerja bagi memastikan pegawai dan anggota JPJ dapat menyeimbangkan diri melalui aktiviti sihat dan riadah," katanya.
Beliau berkata pihak pengurusan tertinggi JPJ kini sedang meneliti cadangan untuk menjadikan acara itu sebagai program dwitahunan, bergantung kepada kesediaan dan komitmen anggota.
Program itu turut menjadi kesinambungan kepada program Sukan JPJ yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir malam tadi.
-- BERNAMA