awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM sasar kutip RM70 juta dana infak tahun ini - Zulkifli
Enam lelaki ditahan bantu siasatan kes rusuhan di Melaka Raya
Trump cadang belanjawan ketenteraan AS$1.5 trilion bagi 2027, cetus kebimbangan perang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ Johor keluar 214 notis, saman kepada pemandu asing

Bernama
Bernama
13/09/2020
20:50 MYT
JPJ Johor keluar 214 notis, saman kepada pemandu asing
Azmil (dua, kiri) menunjukkan sebahagian motosikal diubah suai menjadi tiga roda yang telah disita dalam Operasi Khas Pemandu Asing selama empat hari. - BERNAMA
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan sebanyak 214 notis atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam Operasi Khas Pemandu Asing (PeWA) yang dijalankan di sekitar bandar raya ini, pada 7 hingga 10 Sept lepas.
Timbalan Pengarah JPJ Johor Azmil Zainal Adnan berkata, operasi berkenaan dilakukan hasil risikan selama sebulan oleh 31 pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasa.
Katanya notis kesalahan yang dikeluarkan adalah terdiri daripada 152 saman atas kesalahan tiada lesen memandu, tiada lesen vokasional, lesen kenderaan tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran, selain enam notis bagi larangan penggunaan kenderaan, lima notis arah periksa dan 51 notis penyitaan kenderaan.
"Risikan selama sebulan yang kita lakukan mendapati, kebanyakan warga asing ini memandu tanpa lesen yang sah, termasuk mengubahsuai motosikal menjadi tiga roda bagi mengutip dan membawa barangan lusuh. Selain itu, terdapat juga yang bawa kenderaan perkhidmatan untuk membawa barangan," katanya dalam sidang media di sini, pada Ahad.
Beliau berkata dalam operasi itu juga seramai 62 lelaki warga asing berusia antara 20 dan 45 tahun terdiri daripada 35 orang warga Myanmar, Pakistan (19) , Bangladesh (5) dan India (3) diperiksa dan diambil keterangan.
Katanya hasil siasatan mendapati terdapat kenderaan yang dipandu warga asing berkenaan adalah milik warga tempatan.
"Apabila kita periksa kenderaan ini, kebanyakannya ada pemilik dan pemiliknya terdiri daripada warganegara kita sendiri, yang telah membenarkan pemandu warga asing memandu kenderaan tersebut.
"Jadi kita nasihatkan kepada pemilik kenderaan jangan benarkan pemandu warga asing yang tiada lesen sah. Tindakan tegas akan diambil dan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sementara itu, Azmil berkata JPJ Johor turut mengadakan operasi sama di sekitar negeri itu pada Ahad dan mengeluarkan sebanyak 37 notis yang terdiri daripada 28 saman, melibatkan kesalahan tiada lesen memandu, lesen kenderaan tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran serta sembilan notis sita kenderaan.
"Sembilan warga asing juga telah diambil tindakan terdiri daripada warga Pakistan, Myanmar dan Bangladesh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmil Zainal Adnan
#insuran
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#Johor
#JPJ
#kesalahan jalan raya
#lesen kenderaan
#memandu tanpa lesen
#notis
#operasi
#Operasi Khas Pemandu Asing
#PeWA
#risikan
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan