MALAYSIA
JPJ keluar 5,741 notis saman pelbagai kesalahan di tiga negeri
Zulkarnain (tiga, kanan) memeriksa dokumen kenderaan ketika Operasi Rentas Sempadan Zon Selatan 2025 di Plaza Tol Skudai arah Selatan hari ini. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 5,741 notis saman atas pelbagai kesalahan menerusi Operasi Rentas Sempadan Zon Selatan di tiga negeri.
Ringkasan AI
Pengarah JPJ Johor Zulkarnain Yasin berkata sebanyak 26,358 kenderaan diperiksa dalam operasi yang dijalankan di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka bermula dari Sabtu lepas dan berakhir hari ini.
Beliau berkata mengikut pecahan, sebanyak 2,382 notis saman dikeluarkan di Negeri Sembilan, diikuti 1,731 notis saman di Johor dan 1,628 notis saman di Melaka.
Kesalahan tidak memiliki lesen memandu katanya, adalah antara kesalahan tertinggi yang direkodkan, iaitu 1,601 notis saman dengan 40 peratus daripadanya merupakan individu bawah umur.
"Selain itu, JPJ turut mengeluarkan sebanyak 1,371 notis saman atas kesalahan gagal membaharui lesen dan 1,175 notis saman kerana tiada perlindungan insurans," katanya pada sidang media operasi itu di Plaza Tol Skudai, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf dan Pengarah JPJ Melaka Siti Zarina Mohd Yusop.
Zulkarnain berkata JPJ turut menyita 77 kenderaan atas kesalahan tidak selamat atau tidak layak berada di jalan raya dalam operasi terbabit.
Beliau berkata operasi dengan keseluruhan kekuatan 146 pegawai dan anggota itu, dijalankan bagi meningkatkan kesedaran serta menggalakkan orang ramai supaya mematuhi peraturan jalan raya.
"Sepanjang operasi ini dijalankan, kita mendapati tahap kesedaran orang ramai terhadap kebarangkalian ditangkap jika melakukan kesalahan jalan raya turut meningkat sebanyak 88 peratus," katanya.
JPJ katanya, sentiasa memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan pihak syarikat, pemilik dan mana-mana pemandu yang masih tegar melanggar undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
Justeru, pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa memberikan kerjasama, mematuhi peraturan dan bertoleransi dengan pengguna lain demi keselamatan diri serta keluarga.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JPJ mengeluarkan 5,741 notis saman dalam Operasi Rentas Sempadan Zon Selatan di Johor, Negeri Sembilan, dan Melaka.
- Notis saman tertinggi dikeluarkan atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu, di mana 40 peratus melibatkan individu bawah umur.
- Operasi tersebut juga menyita 77 kenderaan tidak selamat dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pematuhan peraturan jalan raya sebanyak 88 peratus.