SEREMBAN: Sebanyak 21,962 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Ogos lepas, kata Pengarah JPJ negeri Azrin Borhan.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 15,224 daripada keseluruhan 55,083 kenderaan yang diperiksa di negeri ini telah diambil tindakan.
"Daripada keseluruhan kenderaan yang diambil tindakan itu, penguatkuasaan ke atas lori merekodkan jumlah paling tinggi iaitu sebanyak 9,317 atau 75 peratus," katanya pada sidang media selepas Op Bersepadu di sini malam tadi.
Mengenai Op Bersepadu yang dijalankan di Senawang selama dua jam bermula 8.30 malam itu, beliau berkata 673 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah berkenaan, 86 diambil tindakan manakala 112 kesalahan direkodkan termasuk membabitkan arah periksa dan larangan penggunaan kenderaan.
Azrin berkata operasi berkenaan dilakukan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang akan mewujudkan keselesaan kepada semua pengguna jalan raya yang lain.
Operasi itu turut disertai 126 pegawai dan anggota terdiri daripada JPJ, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.
Menurut Azrin menerusi operasi tersebut, polis turut mengeluarkan sembilan saman atas pelbagai kesalahan manakala AADK menahan lima individu positif opiat sementara JAS pula mengeluarkan satu kompaun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 03 2021

Dalam Op Bersepadu yang dijalankan di Senawang selama dua jam malam tadi, 673 kenderaan diperiksa, 86 diambil tindakan dan 112 kesalahan direkodkan. - Gambar fail
KBS fokus usaha lawan ketagihan, masalah mental
Penggunaan produk rokok elektronik bukan sahaja membawa kepada masalah ketagihan tetapi juga masalah mental.

Dua NADI sedang dalam pelaksanaan di Sabah - Fahmi
Sebanyak dua lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sedang dalam pelaksanaan di Sabah, menjadikan jumlah keseluruhan 132 NADI di negeri ini.
AWANI Ringkas: Ketagihan vape & masalah mental
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penyokong 'hooligan' perlu ubah sikap - Hannah
Segelintir penyokong bola sepak yang hadir ke stadium dengan hasrat untuk mencetuskan kekecohan perlu mengubah sikap mereka, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Gangguan air: 162,000 pengguna di Pulau Pinang sudah dapat bekalan semula
Sebanyak 162,000 pengguna yang terjejas akibat Gangguan Air Berjadual (SWSI) dengan 100 peratus di kawasan Seberang Perai Utara (SPU) telah mendapat semula bekalan mereka setakat 11.30 pagi tadi.

39 pelajar, kakitangan sekolah alami demam, batuk dan ruam selepas pulang kem
Seramai 39 pelajar dan kakitangan sebuah sekolah di sini dikesan mengalami jangkitan akibat penularan penyakit berjangkit selepas pulang dari menyertai kem di Yan baru-baru ini.

Enam individu direman bantu siasatan kes lelaki maut terkena tembakan
Enam lelaki direman bermula esok bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang maut dipercayai terkena tembakan, semalam.

Penunggang motosikal dilanggar akibat tak puas hati
Rasa tidak puas hati di jalan raya menjadi punca penunggang motosikal dilanggar pemandu kereta di Jalan Dato Yusof Shahbudin 28, Bandar Sentosa, di sini, pada Sabtu.

MotoGP Rookies Cup: Hakim Danish panjat podium perlumbaan pertama di Litar Jerez
Hakim Danish Ramli cemerlang untuk menamatkan perlumbaan pertama pusingan pertama MotoGP Rookies Cup di tempat kedua di Litar Jerez.

Hetty Koes Endang bakal meriahkan sambutan Aidilfitri KPKM tanpa bayaran - Mohamad Sabu
Penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang akan memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Isnin.

JPJ N.Sembilan keluar 21,962 saman sejak Januari hingga Ogos
Sepanjang tempoh itu juga, 15,224 daripada keseluruhan 55,083 kenderaan yang diperiksa di Negeri Sembilan telah diambil tindakan.