Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan akan melaksanakan peraturan baharu mengenai cermin gelap pada tahun depan seperti maklumat yang tular di media sosial ketika ini.
JPJ dalam kenyataan berkata peraturan sedia ada yang diguna pakai ketika ini adalah di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (pindaan 5 Feb 2016).
Menurutnya kadar ketelusan cahaya (VLT) yang ditetapkan bagi cermin depan adalah 70 peratus, cermin sisi pemandu (50 peratus) dan cermin sisi belakang dan cermin sisi belakang penumpang (30 peratus).
"Buat masa ini, JPJ hanya akan mengeluarkan notis PG 1 iaitu notis larangan penggunaan kenderaan dan mengarahkan pemilik atau pemandu kenderaan yang melanggar undang-undang tersebut untuk menanggalkan pelekat cermin gelap di mana-mana pejabat JPJ negeri.
"Pemilik atau pemandu kenderaan akan diberi masa selama 10 hari untuk membawa kenderaan ke mana-mana pejabat JPJ negeri untuk menanggalkan pelekat cermin gelap tersebut," kata kenyataan itu hari ini.
Menurut JPJ, sekiranya pemandu atau pemilik kenderaan gagal membawa kenderaan serta menanggalkan pelekat cermin gelap di pejabat JPJ negeri, pemilik atau pemandu kenderaan akan dikompaun maksimum RM300 mengikut seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Jika kes dibawa ke mahkamah, untuk sabitan pertama, pesalah akan didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
"Sekiranya sabitan kali kedua atau seterusnya, akan didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya," kata JPJ.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2017
JPJ nafi pelaksanaan peraturan baharu mengenai cermin gelap tahun depan. - Foto Astro AWANI.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Larangan cermin gelap bidang kuasa MOT - Nancy
Cadangan melaksanakan larangan cermin gelap bagi mengelakkan kes kecuaian meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan persendirian hingga menyebabkan kematian, hanya boleh diputuskan MOT.
HSR: Kerajaan teliti model pelaksanaan baharu - Loke
Kerajaan sedang mengkaji model pelaksanaan baharu bagi meneruskan cadangan pembinaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.
Ingkar peraturan cermin gelap boleh didenda, penjara - JPJ
Pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan bagi kesalahan pertama.
JPJ diarah hadkan kemasukan kenderaan cermin gelap dari Thailand
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui kemasukan kenderaan sebegitu memberi masalah kepada negara dan perlu ada penguatkuasaan untuk menghadkannya.
Kesalahan cermin gelap paling tinggi dikesan di Terengganu
Kebanyakan pemilik kenderaan yang ditahan mengakui faham syarat peratusan ketelusan cahaya yang ditetapkan namun memberi pelbagai alasan tidak munasabah.
PDRM akur keputusan kerajaan berhubung peraturan baharu cermin gelap
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata pihaknya menghormati keputusan berkenaan.
Cermin gelap: Misi menyelamat mangsa kemalangan menjadi sukar - Penganalisis
Pemasangan cermin gelap tanpa had pada kenderaan menyumbang kepada peningkatan tahap kesukaran pihak penyelamat dalam misi menyelamat, sekiranya kenderaan tersebut terlibat dalam kemalangan.
JPJ, Miros perlu keluar hasil kajian cermin gelap
Kedua-dua agensi itu perlu menunjukkan statistik yang membuktikan kadar jenayah tiada kaitan dengan penggunaan cermin gelap agar kegusaran orang ramai dapat diatasi.
Tiada lagi had cermin gelap kereta
Kerajaan pada Selasa mengumumkan kebenaran penggunaan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan.
Peraturan baharu cermin gelap kenderaan diumum hari ini - Loke
Peraturan baharu mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan akan diumum dalam satu sidang media selepas mesyuarat bersama Jabatan Pengangkutan Jalan.