MALAYSIA
JPJ Negeri Sembilan kutip RM120,800 menerusi lelongan 114 kenderaan
Hanif Yusabra berkata lelongan itu menarik penyertaan 68 pembida dengan bidaan tertinggi RM6,700 iaitu sebuah lori kategori scrap manakala bidaan terendah ialah RM100 bagi motosikal jenis modenas GT128. - Gambar JPJ Negeri Sembilan
SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengutip RM120,800 menerusi lelongan awam siri kedua tahun ini melibatkan 114 kenderaan sita.
Pengarahnya Hanif Yusabra Yusof berkata lelongan itu menarik penyertaan 68 pembida dengan bidaan tertinggi RM6,700 iaitu sebuah lori kategori scrap manakala bidaan terendah ialah RM100 bagi motosikal jenis modenas GT128.
"Lelongan ini melibatkan 111 kenderaan boleh dilesenkan iaitu 104 motosikal dan tujuh kereta manakala tiga kenderaan dalam kategori tidak boleh dilesenkan (scrap) iaitu dua motosikal dan sebuah lori kargo," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata lelongan awam ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan JPJ dalam melupuskan kenderaan sita secara telus dan terbuka kepada orang awam mengikut prosedur ditetapkan.
JPJ negeri mencatat kutipan RM85,570 pada siri pertama lelongan tahun ini melibatkan 70 kenderaan pada 22 Mei lepas.
Dalam perkembangan lain, Hanif Yusabra berkata hingga dua hari lepas, JPJ negeri menyita 469 kenderaan atas pelbagai kesalahan serius yang berpotensi membahayakan keselamatan pengguna jalan raya iaitu motosikal (165); kereta (121); kenderaan perkhidmatan awam (sembilan); kenderaan perkhidmatan barangan (146) dan lain-lain kenderaan (28).
Beliau berkata antara kesalahan utama mengakibatkan penyitaan adalah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta kenderaan tiada perlindungan insurans yang sah.
"Kesalahan tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang malah boleh mendatangkan risiko tinggi kepada keselamatan diri, penumpang, dan pengguna jalan raya lain sekiranya berlaku kemalangan," katanya.
-- BERNAMA