MALAYSIA
JPJ N.Sembilan sita 10 kenderaan mewah tamat tempoh LKM
Hanif Yusabra berkata tanpa insurans, sebarang kemalangan bukan sahaja tidak dilindungi malah membawa kepada masalah besar dari sudut pampasan dan tanggungan kos kemalangan. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menyita 10 kenderaan mewah kerana cukai jalan dan insurans tamat tempoh dari Januari hingga awal bulan ini, kata Pengarahnya Hanif Yusabra Yusof.
Beliau berkata ada di antara kenderaan yang bernilai ratusan ribu ringgit itu tidak diperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) oleh pemiliknya untuk tempoh sehingga hampir dua tahun dengan alasan terlupa.
"Alasan sebegini tidak boleh diterima dan semua kenderaan itu dihantar ke depoh simpnan JPJ negeri untuk siasatan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan peraturan berkaitan.
"Sekiranya pemilik mematuhi semua peraturan ditetapkan, kenderaan itu akan dikembalikan semula," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hanif Yusabra berkata kenderaan mewah berkenaan termasuk Porsche Taycan, Toyota Alphard dan Mini Cooper Countryman.
Beliau berkata memandu tanpa LKM sah menimbulkan risiko kepada keselamatan awam dan tindakan sitaan dilakukan mengikut Seksyen 23(1), Seksyen 26 (1) dan Seksyen 90 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Hanif Yusabra berkata tanpa insurans, sebarang kemalangan bukan sahaja tidak dilindungi malah membawa kepada masalah besar dari sudut pampasan dan tanggungan kos kemalangan.
"Sekiranya kita mampu memiliki sesebuah kenderaan, seharusnya kita perlu bertanggungjawab termasuk ke atas insurans dan LKM, kita tidak boleh culas," katanya.
Sementara itu, beliau berkata berdasarkan rekod penguatkuasaan JPJ negeri bagi tempoh Januari hingga bulan lepas, sebanyak 10,435 kesalahan melibatkan LKM dan 7,891 kes tiada insurans telah dikesan.
-- BERNAMA