awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ P. Pinang sita tujuh kenderaan pekerja

Bernama
Bernama
11/01/2023
08:55 MYT
JPJ P. Pinang sita tujuh kenderaan pekerja
Operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen Pulau Pinang itu juga menahan 10 warga asing kerana pelbagai kesalahan.- FB JPJ Pulau Pinang
BATU KAWAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita tujuh kenderaan pekerja termasuk van kilang dalam operasi yang dijalankan di sekitar kawasan Perindustrian Batu Kawan dan Bandar Cassia, di sini semalam.
Menurut JPJ Pulau Pinang, operasi itu dilakukan berfokus terhadap kenderaan perkhidmatan awam (KPA) dengan tumpuan diberikan terhadap bas pekerja yang berfungsi sebagai pengangkutan awam utama untuk operator pengeluaran.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati daripada tujuh kenderaan yang disita, tiga daripadanya dipandu oleh warga asing, manakala sebuah kenderaan lagi dikesan berstatus lupus dan scrap.
"Antara kesalahan lain ialah tiada lesen memandu (biasa) dan Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans selain menyalahgunakan LKM iaitu menggunakan van persendirian untuk membawa penumpang," menurut kenyataan itu hari ini.
Dalam operasi itu, turut dikesan ialah beberapa kesalahan teknikal seperti tayar haus berlebihan, lampu isyarat dan brek tidak berfungsi serta tidak menyelenggarakan kenderaan dengan baik.
Kenyataan itu memaklumkan operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen Pulau Pinang itu juga menahan 10 warga asing kerana pelbagai kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ Pulau Pinang
#sita kenderaan pekerja
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#Perindustrian Batu Kawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan