Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengutip hasil bidaan lebih RM3.4 juta bagi siri nombor pendaftaran ALL selama lima hari bermula Khamis lepas sehingga semalam.
Pengarah JPJ Perak Severinus Tukah berkata, ALL 1 menjadi nombor paling mahal dibida melalui pelaksanaan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) itu dengan bidaan tertinggi bernilai RM278,000.
"Bidaan kedua tertinggi merupakan nombor pendaftaran ALL 8 bernilai RM100,000, diikuti ALL 9 yang bernilai RM99,000 dan ALL 117 dengan nilai bidaan sebanyak RM45,000," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata seramai 80,327 orang telah mendaftar dalam sistem JPJeBid namun hanya seramai 3,317 orang yang membida bagi siri itu.
Katanya setiap nombor pendaftaran yang berjaya dibida harus didaftarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan di pejabat JPJ negeri atau cawangan manakala baki nombor pendaftaran yang tidak dibida akan dibuka kepada umum untuk dibeli orang awam.
JPJ Perak sebelum ini menyasarkan bidaan keseluruhan bagi siri ALL melebihi RM1 juta melalui pelaksanaan kali pertama JPJeBid di negeri ini.
Sebelum ini, siri nombor pendaftaran yang lepas yang dibida secara manual iaitu AKU mengutip RM3.1 juta dan merupakan kutipan tertinggi bagi JPJ Perak.
Selain itu, nilai bidaan dan jualan bagi siri ALA pula merekodkan RM1.6 juta diikuti ALE sebanyak RM1.1 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 24 2019
GAMBAR FAIL: Seorang wanita melihat laman sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan siri ALL yang mula dibuka sejak 19 Sept. - BERNAMA
NVIDIA acah kehadiran siri kad grafik baharu melalui video The Witcher IV
Apa yang menarik mengenai video acah ini ialah notis di bawah video tersebut yang mengatakan bahawa ia telah diolah menggunakan sebuah kad grafik NVIDIA yang belum diumumkan lagi.
14 vesel penangkapan ikan ditahan, nilai rampasan RM8.9 juta
Sebanyak 14 buah vesel penangkapan ikan ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM8.9 juta.
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas
Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
JPJ Perak kutip RM3.4 juta bidaan nombor pendaftaran ALL
JPJ Perak mengutip hasil bidaan lebih RM3.4 juta bagi siri nombor pendaftaran ALL selama lima hari bermula Khamis lepas sehingga semalam.