awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ perluas saluran pendaftaran JPJeID di institusi memandu bermula hari ini

Bernama
Bernama
05/08/2025
15:15 MYT
JPJ perluas saluran pendaftaran JPJeID di institusi memandu bermula hari ini
Aedy Fadly berkata menerusi pendaftaran JPJeID, orang awam berstatus warganegara boleh melaksanakan 38 jenis urus niaga JPJ secara dalam talian, termasuk perkhidmatan berkaitan pelesenan pemandu. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperluas saluran pendaftaran JPJeID di Institut Memandu (IM) di seluruh negara berkuat kuasa hari ini.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata JPJeID merupakan akaun yang mengandungi ID Pengguna dan Kata Laluan yang diperlukan oleh setiap warganegara Malaysia untuk mendaftar masuk ke akaun portal awam MySIKAP dan aplikasi MyJPJ.
Beliau berkata menerusi pendaftaran JPJeID, orang awam berstatus warganegara boleh melaksanakan 38 jenis urus niaga JPJ secara dalam talian, termasuk perkhidmatan berkaitan pelesenan pemandu.
"Sebagai contoh, individu yang lulus Ujian Kurikulum Pendidikan Pemanduan (KPP01) kini boleh terus memohon Lesen Belajar Memandu (LDL) melalui portal MySIKAP.
"Setelah pembayaran berjaya, lesen LDL tersebut akan dipaparkan secara digital menerusi aplikasi MyJPJ," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Aedy Fadly berkata semua calon belajar memandu serta orang awam kini boleh mendaftar JPJeID di mana-mana IM untuk melaksanakan pelbagai urus niaga melalui portal awam MySIKAP dan aplikasi MyJPJ.
Beliau berkata pihaknya berharap inisiatif itu akan memudahkan lagi akses orang awam terhadap perkhidmatan JPJ serta menyokong usaha pendigitalan sepenuhnya perkhidmatan jabatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aplikasi MyJPJ
#pendidikan
#portal awam
#mySIKAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan