MALAYSIA
JPJ rekod 46.5 juta transaksi tanpa tunai dengan kutipan RM5.6 bilion
Aedy Fadly berkata bagi tempoh sama, transaksi melalui e-dompet di kaunter dan aplikasi MyJPJ juga merekodkan 245,626 transaksi dengan jumlah kutipan RM19.6 juta. - Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan 46.5 juta transaksi tanpa tunai dengan kutipan berjumlah RM5.6 bilion bagi tempoh 1 Jan hingga 24 Ogos lepas, kata Ketua Pengarah Datuk Aedy Fadly Ramli.
Beliau berkata bagi tempoh sama, transaksi melalui e-dompet di kaunter dan aplikasi MyJPJ juga merekodkan 245,626 transaksi dengan jumlah kutipan RM19.6 juta.
Pada 2024, sebanyak 43.01 juta transaksi tanpa tunai direkodkan dengan RM4.87 bilion berjaya dikutip merangkumi 805 transaksi tanpa tunai melalui bayaran e-dompet di kaunter JPJ dengan kutipan mencecah RM73,109.20.
"Data yang direkodkan oleh JPJ jelas membuktikan trend positif ini. Peningkatan jumlah terimaan ini bukan sahaja menggambarkan penerimaan masyarakat terhadap sistem bayaran tanpa tunai.
"Ia menunjukkan bahawa kaedah ini lebih mudah, cepat dan dipercayai oleh pengguna. Ia juga secara langsung membuktikan pelanggan kini lebih cenderung menggunakan dan memilih perkhidmatan yang menawarkan kemudahan, kepantasan serta keselamatan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Pembayaran Tanpa Tunai Melalui Kaedah E-Dompet di Kaunter JPJ di sini hari ini.
Beliau berkata kaedah pembayaran tanpa tunai melalui e-dompet kini dilaksanakan di semua kaunter JPJ di seluruh negara menggunakan aplikasi Touch 'n Go, GrabPay, MAE atau Boost.
"Setakat ini, JPJ telah merekodkan peningkatan positif dalam penggunaan transaksi tanpa tunai bermula 2024 dengan pelaksanaan fasa rintis di JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Hasilnya, JPJ memperluaskan pelaksanaan secara berfasa di seluruh negara, melibatkan pengaktifan 1,183 unit terminal Penangkapan Data Elektronik (EDC) dan aplikasi M-Device di semua kaunter JPJ," katanya.
Aedy Fadly berkata inisiatif pembayaran tanpa tunai ini bukan saja memudahkan urusan pelanggan tetapi meminimumkan risiko keselamatan kewangan.
"Pada masa sama ia menyokong usaha kerajaan mewujudkan persekitaran kerja tanpa tunai.
"JPJ akan terus memperkukuhkan inisiatif pendigitalan dengan melaksanakan pelbagai pembaharuan yang inovatif bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan serta memastikan aspek keselamatan, kemudahan dan kepuasan pelanggan sentiasa diberi keutamaan," katanya.
-- BERNAMA