MALAYSIA
JPJ selesai laporan siasatan kemalangan maut di Plaza Tol Bukit Kajang
Muhammad Kifli ketika mengadakan sidang media di Stesen Penguatkuasa Kalumpang (SPK) hari ini. - Foto Bernama
HULU SELANGOR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melengkapkan laporan berhubung kemalangan maut di Plaza Tol Bukit Kajang yang meragut nyawa seorang bayi dan mencederakan tujuh yang lain, baru-baru ini.
Ringkasan AI
Pengarah Kanan Penguatkuasaan JPJ Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata Pemeriksaan dan Audit Keselamatan JPJ (JISA) terhadap syarikat logistik yang mengendalikan lori terbabit juga telah disiapkan.
"Siasatan telah selesai sepenuhnya dan audit telah dijalankan dengan laporan diserahkan kepada menteri (Menteri Pengangkutan Anthony Loke) hari ini," katanya pada sidang media di Stesen Penguatkuasaan JPJ Kalumpang di sini hari ini.
Kemalangan pada Sabtu lepas melibatkan sebuah lori dipandu lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai mengalami masalah brek, sebuah kereta dan dua kenderaan utiliti sukan (SUV).
Semalam, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya telah merakamkan keterangan tujuh individu bagi membantu siasatan dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Dalam perkembangan lain, Muhammad Kifli berkata notis saman berjumlah RM130 juta telah diselesaikan oleh pengguna jalan raya sejak Januari lepas, melibatkan pelbagai kesalahan termasuk Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS).
Beliau berkata pemasangan kamera AwAS di Terowong Menora, Perak berjaya meningkatkan kesedaran pengguna, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan di lokasi terbabit.
"Sebelum ini, lokasi berkenaan merekodkan kes kemalangan hampir setiap minggu, namun selepas pemasangan AwAS, kadar kes menurun dengan ketara dan hampir dua bulan tidak mencatatkan sebarang kemalangan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JPJ telah menyiapkan laporan penuh kemalangan maut di Plaza Tol Bukit Kajang yang meragut nyawa seorang bayi dan mencederakan tujuh yang lain, serta menyerahkannya kepada Menteri Pengangkutan.
- Audit keselamatan terhadap syarikat logistik lori terbabit juga selesai, manakala polis telah merakam keterangan tujuh individu dan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
- JPJ turut memaklumkan RM130 juta saman telah diselesaikan sejak Januari, dan pemasangan kamera AwAS di Terowong Menora berjaya mengurangkan kadar kemalangan secara signifikan.