awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ serbu syarikat pengendali e-hailing beroperasi dengan lesen tamat tempoh

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2022
10:34 MYT
JPJ serbu syarikat pengendali e-hailing beroperasi dengan lesen tamat tempoh
Zailani berkata, dalam serbuan itu, JPJ berjaya menyita beberapa peralatan komputer dan barangan pengiklanan operasi syarikat untuk siasatan di bawah Seksyen 222, APAD 2010. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyerbu sebuah syarikat pengendali e-hailing (EHO), di Bukit Bintang, di sini kerana beroperasi dengan lesen perniagaan pengantara tamat tempoh.
Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, serbuan dilakukan 7 September lalu melalui Ops e-Hailing berdasarkan maklumat Agensi Pengangkutan Awam Darat Malaysia (APAD).
Zailani berkata, dalam serbuan itu, JPJ berjaya menyita beberapa peralatan komputer dan barangan pengiklanan operasi syarikat untuk siasatan di bawah Seksyen 222, APAD 2010.
"Tindakan penguatkuasaan JPJ ini juga adalah selaras dengan Seksyen 12A APAD 2010, iaitu Syarikat disyaki mengendalikan atau mengadakan perniagaan pengantaraan tanpa lesen pengantara yang sah dan boleh disabitkan hukuman di bawah Seksyen 12A (1)(8), yang memperuntukkan denda sebanyak tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
JPJ juga katanya akan terus memantau perkhidmatan syarikat pengantar e-hailing bagi mengesan mana-mana syarikat yang mengendalikan perniagaan tanpa lesen dan kenderaan-kenderaan e-hailing yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan APAD2010 (Akta715).
"Pihak JPJ ingin menasihatkan kepada mana-mana Syarikat yang hendak menjalankan perniagaan pengantara dan pemandu-pemandu kenderaan e-hailing supaya berdaftar serta dilesenkan di bawah APAD atau Lembaga Pelesenan KenderaanPerdagangan (LPKP).
"Selain daripada itu, orang awam yang menjadi penumpang perkhidmatan kenderaan e-hailing ini juga adalah dinasihatkan untuk memastikan aplikasi tersebut adalah berdaftar serta dilesenkan, supaya penumpang akan mendapat jaminan perlindungan insurans semasa menggunakan perkhidmatan tersebut," ujarnya.
Topic Berkaitan
#EHO
#ehailing
#JPJ
#lesen tamat tempoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan