MALAYSIA
JPJ sita bas sekolah bawa pelancong asing secara haram di Cameron Highlands
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan (kiri) melihat bas sekolah yang disita pada sidang media Ops Bersepadu-Penguatkuasaan Kenderaan Perdagangan di JPJ Cameron Highlands hari ini. - Foto BERNAMA
CAMERON HIGHLANDS: Sebuah bas sekolah yang dikesan membawa pelancong asing secara haram merupakan antara 16 kenderaan perdagangan yang disita dalam Ops Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, hari ini.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata bas berkenaan yang dipandu oleh seorang warganegara didapati telah menjalankan kegiatan itu selama tiga tahun lepas dengan membawa pelancong dari China dan Singapura.
Menurutnya operasi bersepadu itu dijalankan bersama Jabatan Imigresen selepas menerima aduan orang ramai serta risikan selama seminggu di beberapa lokasi tumpuan pelancong di Cameron Highlands.
"Kesalahan-kesalahan ini menimbulkan risiko keselamatan serius kepada pengguna jalan raya lain memandangkan Cameron Highlands mempunyai kecerunan yang tinggi, laluan sempit , padat serta menjadi lokasi tumpuan pelancong,"katanya.
Beliau kata demikianpada sidang media di pekarangan JPJ Cameron Highlands yang turut dihadiri Pengarah JPJ Pahang Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman.
Dalam operasi berkenaan, sebanyak 48 kenderaan perdagangan diperiksa dan 16 daripadanya dikenakan tindakan termasuk penyitaan dengan 51 notis dikeluarkan.
Kesalahan yang dikesan melibatkan penyalahgunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM), ketiadaan LKM, perlindungan insurans, serta kenderaan dipandu oleh individu tanpa lesen memandu.
"JPJ mengambil berat perkara ini dan akan bertindak tegas bagi memastikan semua kenderaan, sama ada persendirian, perdagangan atau perkhidmatan awam, mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga menahan 51 individu termasuk 16 warga asing yang tidak memiliki lesen memandu, empat individu tanpa lesen GDL serta 18 kes salah guna LKM.
"Kami juga menjalankan siasatan lanjut kerana daripada 16 kenderaan yang disita, dua masih berdaftar atas nama agensi kerajaan. Siasatan akan dilakukan sama ada kenderaan itu telah dilelong tetapi nama pemilik tidak ditukar," katanya.
Muhammad Kifli berkata JPJ Pahang diarahkan melaksanakan operasi penguatkuasaan sama setiap minggu bermula minggu ini di Cameron Highlands.
"Di luar Pahang, kami juga melaksanakan operasi terhadap kenderaan warganegara asing bersama pihak Imigresen selama seminggu.
Kami akan berkolaborasi lebih rapat dengan Imigresen untuk tindakan tegas, bukan sahaja terhadap pemandu, tetapi juga syarikat dan majikan yang menggajikan pemandu bukan warganegara," katanya.
-- BERNAMA

#Jabatan Pengangkutan Jalan
#sita bas bawa pelancong asing
#Cameron Highlands
#Ops Sita Bersepadu JPJ