MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menahan dua warga Bangladesh dan empat warga Rohingya yang dikesan memandu tanpa lesen sah dalam operasi di sekitar Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin) di sini hari ini.
Pengarah JPJ negeri Muhammad Firdaus Shariff dalam kenyataan hari ini berkata kesemua mereka ditahan dalam Operasi Khas Pemandu Warga Asing (PeWA), yang turut menyita satu kereta dan empat motosikal.
"Lima kenderaan yang disita dimiliki warga tempatan dengan berbeza pemilik, manakala sebuah kenderaan milik seorang warga Bangladesh yang disaman atas kesalahan tiada lesen memandu tidak disita dan dibawa pulang oleh rakannya yang mempunyai lesen.
"Kenderaan yang disita akan diperiksa bagi pengesahan identiti sebelum dibuat pelepasan dan saman perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum kenderaan boleh dituntut oleh pemilik," katanya.
Firdaus berkata sebanyak 14 notis saman P(22) iaitu notis arah periksa turut dikeluarkan dalam operasi selama dua jam bermula pukul 10 pagi dan melibatkan tujuh anggota berpakaian preman.
Menurutnya turut dikeluarkan satu notis larangan penggunaan kenderaan dalam tempoh 10 hari PG(1), serta satu notis arah periksa kenderaan Seksyen 61(1) dan lima notis penyitaan kenderaan di bawah Seksyen 64 (1).
"JPJ Melaka memandang serius dan memantau secara dekat berhubung peningkatan pemandu warga asing di jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang.
"Kita akan mengambil tindakan tegas termasuk kepada pemilik kenderaan yang membenarkan warga asing memandu tanpa lesen selaras dengan peraturan jalan raya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2023
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menahan dua warga Bangladesh dan empat warga Rohingya yang dikesan memandu tanpa lesen sah dalam operasi di sekitar Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin). - Foto Facebook/JPJ Melaka
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine
Kontinjen negara tampil mempersona apabila menggayakan busana 'The Malaya' berwarna hijau zaitun dengan motif keemasan.
JPJ Melaka sita 13 kenderaan dipandu warga asing
Sebanyak 187 notis kesalahan dikeluarkan termasuk 165 saman terhadap penunggang motosikal dan pemandu kereta dalam operasi tersebut.
132 kenderaan diambil tindakan dalam Operasi Khas Kenderaan Komersial
Sebanyak 346 notis kesalahan turut dikeluarkan ke atas pemandu dan pemilik kenderaan sepanjang operasi berkenaan.
Op HRA 2023: 48 saman dikeluarkan di Melaka sejak Selasa
Kesalahan tertinggi ialah langgar lampu merah, tidak memakai tali pinggang keledar dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
JPJ tahan enam warga asing memandu tanpa lesen
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menahan dua warga Bangladesh dan empat warga Rohingya yang dikesan memandu tanpa lesen sah.
Op Rentas Sempadan JPJ: 252 pengguna jalan raya dikesan potong barisan
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata kesalahan memotong barisan merupakan yang tertinggi direkodkan sepanjang operasi itu.
Op Sukat: 11 individu termasuk tujuh kakitangan JPJ Melaka direman
Seramai 11 individu termasuk seorang wanita direman lima hingga tujuh hari bagi membantu siasatan selepas disyaki terbabit dalam rasuah dan melindungi lori pengangkutan di Melaka.