awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ tawar diskaun saman sehingga 70 peratus sempena Bulan Kemerdekaan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
17/08/2021
10:03 MYT
JPJ tawar diskaun saman sehingga 70 peratus sempena Bulan Kemerdekaan
Menurut JPJ, pemberian diskaun berkenaan bertujuan meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan tawaran diskaun saman sehingga 70 peratus sempena Bulan Kemerdekaan bermula 18 Ogos sehingga 16 September.
JPJ menerusi satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, tawaran tersebut terpakai bagi kesemua saman yang masih aktif termasuk bagi individu yang telah disenarai hitam.
“Pengurangan kompaun akan diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), termasuklah kes yang masih dalam tindakan Senarai Hitam (blacklist).
“Walau bagaimanapun, bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam (blacklist), pesalah dikehendaki hadir semula ke pejabat JPJ (Cawangan ataupun Negeri), bagi tujuan proses dokumentasi semula,” menurut kenyataan tersebut.
Bagaimanapun JPJ memaklumkan tawaran diskaun berkenaan tidak terpakai bagi individu yang mempunyai kes di mahkamah termasuk mereka yang mempunyai status waran tangkap.
Urusan pembayaran saman boleh dibuat di semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan, serta UTC dan kiosk atau secara atas talian menerusi portal mySIKAP JPJ.
Inisiatif pemberian diskaun itu dikatakan bertujuan bagi meringankan beban rakyat yang terkesan sepanjang berdepan dengan pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#JPJ
#COVID-19
#saman
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#diskaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan