MALAYSIA
JPJ Terengganu keluar 2,351 saman dalam Op Khas Motosikal sepanjang Januari
Mohd Zamri berkata, JPJ Terengganu akan memperhebat Operasi Khas Motosikal tahun ini terutama di beberapa lokasi panas. - Gambar Bernama
KUALA NERUS: Sebanyak 2,351 saman dikeluarkan dalam Operasi Khas Motosikal yang dijalankan di seluruh Terengganu dalam tempoh 1 Jan hingga Khamis.
Ringkasan AI
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohd Zamri Samion berkata, ia hasil pemeriksaan ke atas 7,438 kenderaan termasuk motosikal, kereta dan kenderaan persendirian lain.
Beliau berkata, JPJ turut mengeluarkan 101 notis larangan penggunaan kenderaan, notis arah periksa kenderaan (117 keping), notis panggilan temu siasat (312 keping) dan notis sita (73 keping) dalam tempoh sama.
"Sebanyak 1,063 kenderaan telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan. Antara kesalahan tertinggi yang direkodkan oleh penunggang motosikal adalah tidak memakai topi keledar.
"Kesalahan lain adalah mengubah suai kenderaan, tidak mempamerkan nombor pendaftaran, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan lain-lain kesalahan teknikal," katanya dalam Ops Motosikal Khas di Pantai Seberang Takir, di sini, pada Jumaat.
Mohd Zamri berkata, JPJ Terengganu akan memperhebat Operasi Khas Motosikal tahun ini terutama di beberapa lokasi panas iaitu Bandar Baru Kuala Nerus, Jalan Mengabang Telipot, Jalan Padang Nenas, Jalan Durian Burung-Manir, Jalan Wakaf Beruas-Bukit Payong, Jalan Chendering, Kampung Teluk Ketapang, Kampung Losong dan Jalan Taman Tamadun Islam.
Beliau berkata, langkah itu susulan terdapat peningkatan kesalahan melibatkan motosikal dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
"Pada tahun lepas sebanyak 25,358 saman dikeluarkan dalam Op Khas Motosikal berbanding 23,457 saman pada 2024.
"Untuk Ops Khas Motosikal (Mat Rempit) pula, sebanyak 2,409 notis dikeluarkan manakala 268 motosikal disita dalam tempoh sama," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Operasi Khas Motosikal di Terengganu menghasilkan 2,351 saman yang dikeluarkan kepada kenderaan termasuk motosikal, kereta, dan kenderaan persendirian lain.
- Kesalahan tertinggi yang dicatatkan bagi penunggang motosikal termasuk tidak memakai topi keledar, mengubah suai kenderaan, dan tidak mempamerkan nombor pendaftaran.
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu akan meningkatkan Operasi Khas Motosikal terutama di lokasi panas seperti Bandar Baru Kuala Nerus dan Kampung Losong disebabkan peningkatan kesalahan dalam beberapa tahun terakhir.