awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ tidak kompromi pemilik sewa kenderaan kepada pemandu warga asing

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/11/2023
01:15 MYT
JPJ tidak kompromi pemilik sewa kenderaan kepada pemandu warga asing
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah tidak akan berkompromi dengan Pemandu Warga Asing (PeWA) yang didapati melanggar peraturan jalan raya.
GURUN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah tidak akan berkompromi dengan Pemandu Warga Asing (PeWA) yang didapati melanggar peraturan jalan raya.
Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim berkata, agensi penguat kuasa itu akan turut mengenakan tindakan terhadap majikan ataupun penyewa yang menyewakan kenderaan kepada warga asing yang tidak mempunyai lesen atau insurans.
Menurut Aman Shah, JPJ mengesan terdapat individu warga tempatan yang dipercayai mengaut keuntungan dengan menyewa kenderaan mereka kepada warga asing.
“JPJ tidak akan bertolak ansur mengenai kenderaan-kenderaan PeWA yang disewakan. Berpandukan maklumat kita, motosikal sewaan ada yang (dikenakan) RM300 sebulan, kalau (ada) 100 unit (hasilnya) RM30,000 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Op Patuh di Kawasan Rehat dan Rawat Gurun, di sini, malam tadi.
Beliau berkata, kompaun awal boleh dikenakan antara RM100 hingga RM250 untuk motosikal manakala RM150 hingga RM300 untuk kenderaan melebihi 250 cc.
Katanya, pemandu warga asing juga akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) manakala warga tempatan yang juga pemilik kenderaan yang menyewakan kenderaan kepada warga asing juga boleh dikenakan tindakan mengikut seksyen sama.
Aman Shah berkata, sejak 1 November lalu, pihaknya melakukan operasi Op Patuh Bersepadu 2023 bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta beberapa agensi lain.
Beliau berkata, sasaran operasi itu adalah terhadap PeWa, operasi perkhidmatan barangan (PKB) dan perkhidmatan awam, operasi lebuh raya dan Ops Teknikal (Puspakom).
Topic Berkaitan
#warga asing
#JPJ
#pemandu warga asing
#Aman Shah Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan