MALAYSIA
JPJ tidak tunduk ancaman tonto, mohon peruntukan senjata api - Anthony Loke
Anthony berkata, kewujudan tonto yang menyalurkan maklumat bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan sememangnya menjadi cabaran kepada JPJ. - Gambar/ Japen
KUALA LUMPUR : Kementerian Pengangkutan menegaskan tidak akan tunduk kepada sebarang ancaman daripada tonto yang cuba menggagalkan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya operasi membanteras kenderaan berat membawa lebih muatan.
Ringkasan AI
Menterinya, Anthony Loke berkata, kewujudan tonto yang menyalurkan maklumat bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan sememangnya menjadi cabaran kepada JPJ.
Sehubungan itu, kementeriannya memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan bagi memperkukuh keupayaan penguat kuasa.
Menurut beliau, langkah berkenaan termasuk melengkapkan anggota JPJ dengan kamera badan serta senjata api bagi tujuan mempertahankan diri ketika menjalankan operasi di lapangan.
"Memang wujud cabaran daripada tonto, namun kerajaan tidak boleh tunduk kepada sebarang ancaman kerana penguatkuasaan undang-undang membabitkan keselamatan jalan raya dan nyawa manusia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) berhubung cabaran penguatkuasaan kes lebihan muatan, termasuk dakwaan kewujudan tonto serta sama ada sistem mata demerit masih digunakan.
Mengulas lanjut, Anthony berkata sistem mata demerit masih dilaksanakan, namun akan dirombak bagi memastikan ia lebih berkesan dan adil, khususnya kepada pemandu yang dipaksa oleh pengusaha membawa muatan berlebihan.
Sementara itu, menjawab soalan asal Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai penguatkuasaan operasi khas JPJ pada suku keempat 2025, beliau berkata sebanyak 3,604 kenderaan berat dikesan dan diambil tindakan kerana membawa muatan melebihi had dibenarkan bagi tempoh 14 Oktober hingga 31 Disember tahun lalu.
Ringkasan AI
- Kementerian Pengangkutan menegaskan tidak akan tunduk kepada ancaman tonto yang cuba menggagalkan penguatkuasaan JPJ, khususnya dalam operasi membanteras kenderaan berat membawa muatan lebih.
- Anthony Loke memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan bagi memperkukuh keupayaan penguat kuasa JPJ, termasuk membekalkan kamera badan dan senjata api untuk anggota.
- Sistem mata demerit masih digunakan tetapi akan dirombak bagi memastikan keadilan, khususnya kepada pemandu yang dipaksa membawa muatan berlebihan.