KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) akan mengadakan program outreach bersama petugas barisan hadapan bagi advokasi aplikasi MyJPJ dan tawaran perkhidmatan lain.
Pegawai Perhubungan Awam JPJ WPKL Siti Maryam Anuar berkata hari ini pihaknya memulakan usaha tersebut di Wisma Bernama, di sini kerana memahami kekangan yang dihadapi petugas media terutamanya dari segi masa dan jadual kerja yang padat.
"Selepas ini kita akan ke pejabat lain termasuk hospital dan universiti. Sekiranya ada syarikat swasta yang mahukan perkhidmatan sama, mereka boleh berhubung terus dengan Unit Keselamatan Jalan Raya JPJ WPKL," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, mengulangi respons oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengenai kegusaran orang awam, Siti Maryam berkata untuk fasa pertama penggunaan aplikasi MyJPJ bukanlah sesuatu yang wajib.
"Orang awam yang tidak mempunyai telefon pintar untuk menggunakan aplikasi MyJPJ masih boleh mendapatkan lesen memandu dan cukai kenderaan fizikal mereka. Hingga hujung tahun ini, kita gunakan kaedah hibrid, selepas itu kita tunggu pengumuman lanjut daripada Menteri," katanya.
Program Outreach JPJ WPKL di Wisma Bernama hari ini turut menawarkan perkhidmatan kaunter JPJ Mobile, pendaftaran ID awam mySIKAP, advokasi keselamatan jalan raya dan pemeriksaan motosikal bagi lesen kenderaan motor yang tamat tempoh melebihi tiga tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023

JPJ WPKL akan adakan program outreach bersama petugas barisan hadapan bagi advokasi aplikasi MyJPJ dan tawaran perkhidmatan lain.
13 maut dalam kebakaran asrama di Almaty
Sekurang-kurangnya 13 maut akibat kejadian kebakaran asrama yang berlaku Almaty, Kazakhstan, awal pagi Khamis.
Penternak anjing protes berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan
Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan menganjurkan protes berhampiran pejabat Presiden di Seoul, mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu sejak beberapa abad lalu.
Pemberhentian perang Israel-Palestin dilanjutkan sehari
Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.
Tebusan warga Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan 17 tebusan warga Thailand yang ditahan di Semenanjung Gaza tiba di Bangkok pada petang Khamis, disambut ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka.
Persidangan bermula, bincang pembiayaan projek iklim, nilai kemajuan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) bermula di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan isu mendesak berkaitan pemanasan global serta menilai kemajuan interim yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa sejak Perjanjian Paris ditandatangani.
Delegasi, syarikat minyak perlu bekerjasama tangani perubahan iklim
Presiden COP28, Sultan Al Jaber menggesa pada delegasi untuk mencari titik persamaan dalam dasar bagi memenuhi matlamat iklim global.
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

JPJ tumpu program advokasi pelajar bawa kenderaan ke sekolah
Ini termasuk menyasarkan tempoh enam bulan bagi memastikan 23,000 individu berusia 16-35 tahun mematuhi peraturan jalan raya.

'Scammer' guna media sosial iklan lesen memandu murah, mudah - JPJ
JPJ mengesan kegiatan sindiket penipuan di media sosial termasuk Facebook dan Telegram yang menjanjikan pengeluaran 'lesen terbang'.

Hampir 3,000 notis saman pemandu warga asing sejak 1 Nov
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 2,665 notis saman terhadap pemandu warga asing atas pelbagai kesalahan sejak pelaksanaan Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam pada 1 Nov.

JPJ tidak kompromi pemilik sewa kenderaan kepada pemandu warga asing
JPJ juga akan ambil tindakan atas majikan atau penyewa yang menyewakan kenderaan kepada warga asing yang tiada lesen atau insurans.

Op Patuh: Lebih 1,100 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya - JPJ
Antara kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya ialah tidak mempunyai lesen memandu.

21 motosikal disita dalam Ops Samseng Jalanan di Pulau Pinang
Polis menyita 21 motosikal dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar Bayan Lepas dan Bayan Baru bermula 11.30 malam hingga 4 pagi tadi.

90 peratus kemalangan jalan raya berpunca sikap tidak acuh pemandu - JPJ
JPJ kesal dengan peningkatan kes kemalangan jalan raya walaupun sebelum mendapat lesen pemandu telah menjalani kursus pemanduan.

Tahap pematuhan terhadap peraturan, Akta JPJ masih rendah
JPJ menggesa semua pihak untuk sentiasa mematuhi peraturan, termasuk meningkatkan tahap kawal selia keselamatan operasi kenderaan komersial.

MyEG dan subsidiari dapat kontrak lanjutan tiga tahun JPJ
Kontrak lanjutan itu akan bermula 23 Mei tahun ini sehingga 22 Mei 2026.

Samseng ganggu JPJ ketika tahan lori lebih muatan
Dipercayai lori itu dipandu oleh lelaki warga asing dengan membawa muatan batu kerikil melebihi 80 peratus had ditetapkan.