awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPM tidak terlibat pembatalan jemputan Tun M ke Istiadat Lafaz Sumpah Agong - TPM

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
16/12/2016
05:15 MYT
JPM tidak terlibat pembatalan jemputan Tun M ke Istiadat Lafaz Sumpah Agong - TPM
AHMAD ZAHID: Jangan salahkan bahagian istiadat JPM atau pejabat Perdana Menteri sendiri.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Jabatan Perdana Menteri tidak terlibat dalam isu pembatalan jemputan ke atas bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan baginda pada 13 Disember lalu.
Keyakinan itu disuarakan beliau selepas membuat semakan terperinci mengenai perkara berkenaan.
"Saya telah melakukan penyemakan, ia tidak datang dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan ia di bawah urusan Istana Negara. Terdapat tujuh orang yang terlibat dan saya telah melakukan penyemakan, bahagian istiadat hanya menerima arahan, kalaupun tidak titah bagi pembatalan itu," katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Imigresen di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di sini hari ini.
Justeru beliau mendesak mana-mana pihak yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan berkenaan agar mengadap di Istana Negara.
"Jangan salahkan bahagian istiadat JPM atau pejabat Perdana Menteri sendiri. Saya telah lakukan semakan. Kalau tidak berpuas hati, sila mengadap untuk mendapatkan penjelasan. Jangan salahkan orang lain," katanya lagi.
Dalam pada itu, ditanya sama ada Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO akan membuat laporan polis susulan tuduhan bahawa UMNO turut terlibat dalam isu pembatalan itu, beliau menjelaskan tiada keperluan untuk berbuat demikian.
"Tak payah lapor (polis) lagilah. Saya sudah buat penjelasan begini," ujarnya.
Surat bertarikh 5 Disember itu mula viral selepas dimuat naik anak perempuan bekas perdana menteri itu, Marina Mahathir di laman media sosial.
Surat berkenaan dikatakan dialamatkan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Topic Berkaitan
#Agong
#Ahmad Zahid Hamidi
#istiadat lafaz sumpang
#surat
#Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan