Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menggalakkan orang ramai yang mahu membuat pelbagai urusan dokumen seperti pengenalan diri, kelahiran dan perkahwinan melakukannya menerusi sistem permohonan dalam talian.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Ruslin Jusoh berkata sistem dalam talian itu hanya menuntut seseorang individu berkenaan hadir ketika mengambil dokumen baharu yang dipohon selepas ia siap dan sekali gus dapat menjimatkan masa.
"Setakat ini sambutan bagi permohonan dalam talian ini amat menggalakkan, ramai yang sudah mula memahami akan permohonan dalam talian ini. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ketika negara sedang berdepan pandemik COVID-19 ini memang kita galakkan orang ramai menggunakan medium permohonan dalam talian ini," katanya .
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan MyKad kepada seorang ibu tunggal Zainab Kasim,78, dan anaknya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) terlantar, Samsuri Mat Khamis, 46, di Kampung Teluk Awak, Teluk Bahang di sini hari ini.
Pelaksanaan sistem permohonan dalam talian itu yang bermula Julai lepas merupakan satu usaha JPN dalam memastikan rekod pendaftaran warganegara sentiasa dikemas kini dan teratur, sejajar dengan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam.
Ruslin berkata Zainab yang uzur dan anak OKUnya yang terlantar itu mempunyai kekangan dan halangan untuk datang ke Pejabat JPN yang berhampiran bagi memohon MyKad mereka yang baharu.
"JPN Pulau Pinang melalui Program Mengenai Kasih Rakyat (MEKAR) membantu Puan Zainab dan anak beliau yang OKU memproses permohonan gantian MyKad. Proses gantian MyKad tanpa perlu hadir ke kaunter memberikan kegembiraan buat mereka sekeluarga kerana tidak perlu bersusah payah hadir ke pejabat JPN," katanya dan menambah ibu tunggal itu merupakan penerima ke-94 Program MEKAR di Pulau Pinang.
Beliau berkata JPN sentiasa berusaha membantu golongan yang memerlukan khususnya warga emas, OKU, pesakit terlantar dan lain-lain lagi bagi memproses permohonan MyKad antaranya melalui program turun padang.
Sementara itu Zainab menzahirkan rasa syukur kerana akhirnya memperoleh kad pengenalan baharu kerana kadnya sebelum ini telah rosak dan pudar sehingga tidak nampak wajahnya. Manakala kad pengenalan baharu bagi Samsuri ditukar berikutan kad pengenalan lamanya tidak dapat digunakan lagi kerana telah tamat tempoh penggunaannya sejak 1999.
"Alhamdulilah akhirnya dapat juga makcik dan anak MyKad yang baharu. Sebelum ini kami tidak dapat nak buat kerana kena menaiki bas. Bas pula bukan senang sekarang, susah dapat bas. Lagi pula anak saya sedang terlantar jadi ia menyukarkan urusan saya," katanya.
Bernama
Thu Sep 17 2020
Ruslin berkata sistem itu menuntut seseorang individu hadir ketika mengambil dokumen baharu selepas siap. - Gambar BERNAMA
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?