awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPN lancar kaji selidik Ordinan Darurat Berita Tidak Benar

Hakim Rahman
Hakim Rahman
14/03/2021
09:12 MYT
JPN lancar kaji selidik Ordinan Darurat Berita Tidak Benar
Soal selidik tersebut dijalankan bermula 14 Mac hingga 17 Mac bagi mendapat maklum balas orang ramai mengenai pelaksanaan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No.2) 2021. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Penerangan Malaysia (JPN) melancarkan soal selidik dalam talian 'Reaksi Terhadap Ordinan Darurat Berita Tidak Benar' yang telah diwartakan oleh kerajaan bagi mengekang berita palsu.
Soal selidik tersebut dijalankan bermula 14 Mac hingga 17 Mac bagi mendapat maklum balas orang ramai mengenai pelaksanaan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No.2) 2021.
Kajian berkenaan merangkumi 13 soalan yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pemahaman, penerimaan dan demografi.
Pada Jumaat, penguatkuasaan Ordinan Darurat Berita Tidak Benar dikuatkuasakan bagi mengekang penularan berita tidak benar.
BACA: Ordinan Darurat untuk cepatkan penguatkuasaan, siasatan, pendakwaan berita palsu - Saifuddin
Mengikut ordinan tersebut, 'berita tidak benar' termasuklah apa-apa berita, maklumat, data dan laporan keseluruhan atau sebahagiannya palsu yang berhubungan dengan COVID-19 atau Proklamasi Darurat sama ada dalam bentuk rencana; visual atau rakaman audio; dan dalam apa-apa bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea.
BACA: Ordinan darurat dibimbangi sekat ruang demokrasi - Gabungan Masyarakat Sivil
Ordinan berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali. Bagi kesalahan yang berterusan pula, denda yang dikenakan tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kajian tersebut boleh diisi melalui pautan ini: REAKSI TERHADAP ORDINAN DARURAT BERITA TIDAK BENAR
Topic Berkaitan
#kaji selidik
#berita tidak benar
#berita palsu
#ordinan
#gazet
#darurat
#kerajaan
#ordinan darurat berita tidak benar
#Jabatan Penerangan Malaysia
#JPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan