MALAYSIA
JPN Melaka terima 71 permohonan pindaan butir keturunan Baba Nyonya
Mohd Dzulkarnain berkata proses permohonan pindaan butiran keturunan Baba Nyonya melibatkan dua dokumen pengenalan diri iaitu sijil kelahiran dan kad pengenalan. - Gambar fail/Bernama
MELAKA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka menerima 71 permohonan pindaan butiran keturunan Baba Nyonya dalam dokumen pengenalan diri sejak 1 Okt lepas dengan 22 daripada permohonan itu diluluskan.
Ringkasan AI
Pengarahnya Mohd Dzulkarnain Baharuddin berkata proses pindaan maklumat itu mula dilaksanakan di Melaka sebagai negeri perintis dengan kerjasama Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia bagi mengenal pasti kesahihah permohonan terbabit.
Beliau berkata proses permohonan pindaan butiran keturunan Baba Nyonya melibatkan dua dokumen pengenalan diri iaitu sijil kelahiran dan kad pengenalan.
"Kesemua permohonan melibatkan masyarakat Baba Nyonya di Melaka dan dianggarkan jumlah permohonan berkenaan akan meningkat dari semasa ke semasa kerana bermula tahun ini, JPN Melaka juga menerima permohonan berkenaan daripada luar Melaka selepas kebenaran pindaan itu diperluas ke seluruh negara tahun ini.
"Setakat ini, hanya 22 daripada 71 permohonan telah diluluskan dan bakinya masih dalam proses penilaian serta semakan dokumentasi sebelum diluluskan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Pengarah JPN Melaka sempena Tahun Baharu 2026 di sini hari ini.
Pada majlis itu, Mohd Dzulkarnain turut menyerahkan dokumen pindaan butiran keturunan Baba Nyonya bagi MyKad kepada Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia Datuk Ronald Gan Yong Hoe.
Mohd Dzulkarnain berkata permohonan pindaan butiran keturunan Baba Nyonya memerlukan beberapa dokumen penting selain surat sokongan daripada Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia.
Beliau berkata selain itu, pemohon perlu melalui proses temu duga ketat sebelum dibawa ke mesyuarat jawatankuasa panel pindaan maklumat diri JPN untuk kelulusan.
Sementara itu, Gan berkata usaha membawa cadangan pindaan berkenaan kepada kerajaan telah dilakukan sejak 13 tahun lepas oleh Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia yang berpangkalan di Tengkera di sini, sekali gus menjadikan Melaka sebagai negeri perintis pelaksanaannya.
Beliau berkata setakat semalam, Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia mengeluarkan lebih 90 surat sokongan baharu bagi proses permohonan pindaan berkenaan melibatkan masyarakat itu dari dalam Melaka dan luar Melaka.
Gan berkata persatuan itu turut bekerjasama dengan persatuan Baba Nyonya negeri lain untuk memberi penerangan dan perkongsian berkaitan proses pindaan itu serta akan mengeluarkan surat sokongan kepada pemohon yang merupakan etnik tulen Baba Nyonya.
"Kita tidak mempunyai data tepat berapa banyak masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia tetapi setakat ini, hanya 3,000 orang yang berdaftar di bawah persatuan kita, sebab itu pentingnya usaha mengiktiraf subetnik ini dalam dokumen pengenalan diri.
"Selama ini, etnik Baba Nyonya ini dikenali sebagai produk pelancongan sahaja walhal kita merupakan satu kumpulan yang mempunyai identiti unik kerana membawa sejarah, warisan dan budaya negara bermula pembentukan Tanah Melayu dan Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JPN Melaka menerima 71 permohonan pindaan butiran keturunan Baba Nyonya sejak 1 Okt, dengan hanya 22 diluluskan setakat ini. Proses pindaan itu dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia bagi memastikan kesahihan permohonan.
- Permohonan pindaan butiran keturunan Baba Nyonya memerlukan surat sokongan dari persatuan berkenaan dan melalui proses temu duga ketat sebelum kelulusan. Lebih 90 surat sokongan baharu telah dikeluarkan oleh Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia bagi masyarakat dari dalam dan luar Melaka.
- Persatuan berusaha untuk mengiktiraf subetnik Baba Nyonya ini dalam dokumen pengenalan diri kerana mempunyai sejarah, warisan, dan budaya yang unik, bukan hanya sebagai produk pelancongan. Gan mengungkapkan pentingnya mengiktiraf identiti ini sebagai sebahagian daripada sejarah negara.