MALAYSIA
JPNIN lepasi sasaran dengan pencapaian 301 Rukun Tetangga Progresif - KP
Hashim dalam program Agenda AWANI pada Isnin berkata, JPNIN capai 301 Rukun Tetangga Progresif dan selesaikan 144 konflik melalui mediator komuniti terlatih. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan Negara dengan pencapaian mewujudkan sebanyak 301 Rukun Tetangga (RT) Progresif berbanding sasaran 300 RT Progresif.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah JPNIN, Zulkifli Hashim berkata dua aktiviti utama yang ditumpukan pada tahun ini untuk RT Progresif terbabit, iaitu dalam bidang ekonomi dan sara hidup, serta keselamatan dan ketahanan diri.
“RT Progresif ini baru diperkenalkan pada tahun 2024. Pada tahun pertama hanya 152 sahaja RT diseluruh negara dimodelkan menjadi RT Progresif. Kita buat secara berperingkat dengan menetapkan kriteria, RT yang aktif melebihi markah 80 keatas.
“Satu konsep yang kita perkenalkan ialah dana dalam bank. Maksudnya, kekuatan RT untuk jana pendapatan yang masuk ke dalam tabung RT dan peruntukan itu diagihkan kepada komuniti,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Tambahnya, melalui inisiatif mediator komuniti oleh jabatan itu pula telah berjaya menyelesaikan 144 konflik sepanjang tahun 2025.
Menurutnya, 571 orang mediator terbabit merupakan pendamai terlatih dan diiktiraf melalui pensijilan oleh universiti-universiti tempatan yang merupakan tawaran Jabatan berkenaan kepada masyarakat untuk menyelesaikan sebarang konflik agar tidak berlarutan.
“Mediasi atau pengantaraan merupakan salah-satu program utama JPNIN. Apabila kita sebut mediasi, maknanya ia satu proses untuk berperanan sebagai pengantara mendamaikan pihak-pihak yang ada konflik. Biasanya pelbagai isu yang tercetus; masalah parkir, masalah kucing dan anjing, atau bunyi bising.
“Apabila berlaku pergaduhan tersebut, kita perlukan seorang sukarela untuk mendamaikan. Pendamai itu kita panggil ‘mediator’. Mereka boleh juga kemudahan yang disediakan oleh JPNIN. Kita ada pusat-pusat mediasi di seluruh negara.
“Tahun ini sahaja, kita telah ada 10 pusat mediasi. Kelebihannya, kita tidak kenakan sebarang bayaran. Perkhidmatan adalah percuma; pro bono,” jelasnya.
Tambah Zulkifli lagi, aspek pendidikan perpaduan pula diperkukuh melalui 1,781 Tabika Perpaduan dengan keseluruhan murid berdaftar seramai 34,476. Seterusnya, rekod menunjukkan daripada 14,253 murid berusia enam tahun yang berdaftar, 71.80 peratus berjaya menunjukkan kefahaman Rukun Negara yang memuaskan, manakala 82 peratus daripada keseluruhan murid berjaya menguasai kemahiran membaca.
Selain itu, beliau menjelaskan JPNIN turut menggiatkan 6,849 Kelab Rukun Negara (KRN) dan 193 Sekretariat Rukun Negara (SRN), dan 50 program yang pelbagai termasuk Pidato Rukun Negara yang menghimpunkan 9,321 peserta yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
Zulkifli memberitahu hala tuju 2026 bagi jabatan itu menekankan tindakan berasaskan data terkumpul melalui e‑Sepakat, platform Rangkaian Aduan Komuniti Awam Nasional (RAKAN) dan Dashboard Perpaduan.
Di samping itu, jabatannya akan mengarusperdanakan pendekatan dipandu masyarakat, memperkukuh penyertaan belia, memantapkan RT Progresif serta penghayatan Rukun Negara dan kerangka “Faham. Hormat. Terima.” melalui Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama(BKAPA).
Agenda AWANI: MADANI Bekerja | Pencapaian JPNIN 2025
Ringkasan AI
- JPNIN melepasi sasaran dengan 301 RT Progresif, memfokuskan aktiviti ekonomi, sara hidup, keselamatan dan konsep dana komuniti.
- Inisiatif mediasi berjaya selesaikan 144 konflik melalui 571 mediator terlatih serta 10 pusat mediasi percuma di seluruh negara.
- Pendidikan perpaduan diperkukuh melalui Tabika Perpaduan, KRN dan SRN, serta hala tuju 2026 yang dipacu data dan penyertaan masyarakat.
Ketua Pengarah JPNIN, Zulkifli Hashim berkata dua aktiviti utama yang ditumpukan pada tahun ini untuk RT Progresif terbabit, iaitu dalam bidang ekonomi dan sara hidup, serta keselamatan dan ketahanan diri.
“RT Progresif ini baru diperkenalkan pada tahun 2024. Pada tahun pertama hanya 152 sahaja RT diseluruh negara dimodelkan menjadi RT Progresif. Kita buat secara berperingkat dengan menetapkan kriteria, RT yang aktif melebihi markah 80 keatas.
“Satu konsep yang kita perkenalkan ialah dana dalam bank. Maksudnya, kekuatan RT untuk jana pendapatan yang masuk ke dalam tabung RT dan peruntukan itu diagihkan kepada komuniti,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Tambahnya, melalui inisiatif mediator komuniti oleh jabatan itu pula telah berjaya menyelesaikan 144 konflik sepanjang tahun 2025.
Menurutnya, 571 orang mediator terbabit merupakan pendamai terlatih dan diiktiraf melalui pensijilan oleh universiti-universiti tempatan yang merupakan tawaran Jabatan berkenaan kepada masyarakat untuk menyelesaikan sebarang konflik agar tidak berlarutan.
“Mediasi atau pengantaraan merupakan salah-satu program utama JPNIN. Apabila kita sebut mediasi, maknanya ia satu proses untuk berperanan sebagai pengantara mendamaikan pihak-pihak yang ada konflik. Biasanya pelbagai isu yang tercetus; masalah parkir, masalah kucing dan anjing, atau bunyi bising.
“Apabila berlaku pergaduhan tersebut, kita perlukan seorang sukarela untuk mendamaikan. Pendamai itu kita panggil ‘mediator’. Mereka boleh juga kemudahan yang disediakan oleh JPNIN. Kita ada pusat-pusat mediasi di seluruh negara.
“Tahun ini sahaja, kita telah ada 10 pusat mediasi. Kelebihannya, kita tidak kenakan sebarang bayaran. Perkhidmatan adalah percuma; pro bono,” jelasnya.
Tambah Zulkifli lagi, aspek pendidikan perpaduan pula diperkukuh melalui 1,781 Tabika Perpaduan dengan keseluruhan murid berdaftar seramai 34,476. Seterusnya, rekod menunjukkan daripada 14,253 murid berusia enam tahun yang berdaftar, 71.80 peratus berjaya menunjukkan kefahaman Rukun Negara yang memuaskan, manakala 82 peratus daripada keseluruhan murid berjaya menguasai kemahiran membaca.
Selain itu, beliau menjelaskan JPNIN turut menggiatkan 6,849 Kelab Rukun Negara (KRN) dan 193 Sekretariat Rukun Negara (SRN), dan 50 program yang pelbagai termasuk Pidato Rukun Negara yang menghimpunkan 9,321 peserta yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.
Zulkifli memberitahu hala tuju 2026 bagi jabatan itu menekankan tindakan berasaskan data terkumpul melalui e‑Sepakat, platform Rangkaian Aduan Komuniti Awam Nasional (RAKAN) dan Dashboard Perpaduan.
Di samping itu, jabatannya akan mengarusperdanakan pendekatan dipandu masyarakat, memperkukuh penyertaan belia, memantapkan RT Progresif serta penghayatan Rukun Negara dan kerangka “Faham. Hormat. Terima.” melalui Bahagian Keharmonian Antara Penganut Agama(BKAPA).
Agenda AWANI: MADANI Bekerja | Pencapaian JPNIN 2025
#Agenda Awani
#perpaduan
#Rukun Tetangga
#RT Progresif
#mediasi
#mediator komuniti
#JPNIN
#kementerian perpaduan negara