JPNT aktifkan Ops Payung pastikan kelancaran SPM

Petugas membawa barangan untuk mangsa banjir seperti tikar dan keperluan lain di PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 1. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengaktifkan Ops Payung bermula pada 13 Nov lepas di semua daerah di negeri ini untuk memastikan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat menduduki peperiksaan itu dengan lancar, esok.
Ringkasan AI
- Ops Payung di Terengganu diaktifkan oleh JPNT untuk memastikan calon SPM dapat menduduki peperiksaan dengan lancar esok.
- Pusat-pusat peperiksaan alternatif disediakan bagi calon yang terjejas, termasuk tiga calon dari SMK Alor Peroi, yang akan ditempatkan di asrama SMK Kuala Besut.
- Proses pemindahan diatur dengan teliti untuk memastikan keselamatan pelajar, dengan jumlah mangsa banjir di Terengganu yang kini berkurang kepada 282 orang dari 91 keluarga.
"Mereka akan digerakkan ke asrama SMK Kuala Besut untuk memulakan peperiksaan esok. Hingga kini, tiga orang calon SPM yang terjejas itu akan ditempatkan di asrama," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata setiap perancangan telah diatur daripada semua aspek bagi memastikan pelajar dapat mengambil peperiksaan dengan lancar.
"Proses pemindahan akan dilaksanakan apabila banjir berlaku di sekolah, rumah calon SPM atau laluan ke sekolah yang terjejas banjir. Checkpoint telah ditetapkan untuk pelajar berkumpul apabila berlaku bencana," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata calon SPM juga dinasihatkan supaya menjaga keselamatan dan kesihatan diri sepanjang masa termasuk menjalani pemeriksaan doktor sekiranya mempunyai gejala influenza atau jangkitan lain.
Berdasarkan laman web InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 282 orang daripada 91 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 359 orang daripada 106 keluarga pada 8 malam tadi.
Kesemua mangsa berlindung di sebuah PPS, iaitu SK Kuala Besut, Besut yang dibuka pagi semalam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


