awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPPH diberi kuasa sebagai perantara tentukan nilai harta dan harga rumah

Bernama
Bernama
29/12/2021
07:49 MYT
JPPH diberi kuasa sebagai perantara tentukan nilai harta dan harga rumah
JPPH jadi perantara bagi menentukan nilaian sesebuah harta yang ingin dibeli peminjam dan menilai harga rumah bagi mereka yang ingin membuat pinjaman pembinaan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) diberi kuasa oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk menjadi perantara bagi menentukan nilaian sesebuah harta yang ingin dibeli peminjam dan menilai harga rumah bagi mereka yang ingin membuat pinjaman pembinaan.
Ia adalah hasil memorandum persefahaman (MoU) antara LPPSA dan JPPH yang dimeterai secara dalam talian hari ini bagi perkongsian maklumat dalam bidang penilaian pembiayaan perumahan sektor awam.
"MoU ini sebagai permulaan menambah baik proses kerja sedia ada bagi meningkatkan perkhidmatan kepada penjawat awam," menurut LPPSA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini sempena pemeteraian MoU itu oleh Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA Mohd Farid Datuk Nawawi dan Ketua Pengarah JPPH Datuk A'zmi Abdul Latif.
LPPSA beroperasi sebagai badan berkanun pada 1 Januari 2016 setelah ditubuhkan mengikut Akta Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 dengan mengambil alih fungsi keseluruhan Bahagian Pinjaman Perumahan di bawah Perbendaharaan untuk menguruskan pembiayaan perumahan bagi sektor awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penilaian harta
#JPPH
#harga rumah
#LPPSA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan