KUALA LUMPUR: Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melaksanakan pelbagai langkah dalam usaha meningkatkan peratus siswazah memperoleh gaji premium, termasuk menyediakan kurikulum berpacukan industri serta merancakkan jalinan kolaborasi industri berimpak tinggi.
Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Mohd Zahari Ismail berkata perkara ini juga adalah selaras dengan saranan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini.
"Bagi memastikan ia dapat dicapai, pelbagai usaha telah dilaksanakan antaranya termasuklah menjalinkan kerjasama merentas kementerian dan agensi serta pemantapan platform yang berupaya memadankan keperluan industri dan bidang graduan," katanya ketika berucap pada Sidang 2 Majlis Konvokesyen Ke-15 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS).
Beliau berkata akses ke Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah diperluas dengan memperkenalkan program baharu iaitu Asasi TVET sebagai laluan ke universiti teknikal di Malaysia dan PTSS, antara lima politeknik yang turut menawarkan program sama pada ketika ini telah menerima sebanyak 86 pelajar yang mengikuti program itu.
"Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) juga telah memperluas akses kepada golongan komuniti rentan dengan penawaran Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan membuka ruang kepada pelajar tahfiz untuk mengikuti Program Tahfiz TVET," katanya.
Mohd Zahari berkata kadar kebolehpasaran lulusan di seluruh Politeknik Malaysia pada 2022 telah mencatatkan 95.32 peratus, manakala Kolej Komuniti pula 96.99 peratus.
"Hasilnya, POLYCC berjaya melepasi kadar kebolehpasaran graduan 90 peratus sepanjang tiga tahun berturut-turut. Ini menunjukkan pencapaian bagi permintaan pasaran kerja terhadap graduan adalah tinggi dan berterusan," katanya.
Beliau berkata POLYCC yang kini berdiri dengan kekuatan 36 Politeknik dan 105 Kolej Komuniti dengan meliputi 10,000 pensyarah dan 100,000 pelajar di seluruh negara juga merupakan penyumbang tenaga kerja teknikal terbesar negara ini iaitu sebanyak 40 peratus dalam pelbagai sektor.
"Usaha ini adalah selari dengan komitmen melaksanakan Teras Strategik utama JPPKK iaitu melahirkan graduan TVET berkualiti bagi sebuah negara dalam acuan Malaysia MADANI, yang menepati keperluan industri di peringkat nasional dan global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
Akses ke Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah diperluas dengan memperkenalkan program baharu iaitu Asasi TVET sebagai laluan ke universiti teknikal di Malaysia dan PTSS. - Gambar hiasan/Bernama
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
ProAIBI2024 anjuran Politeknik dan Kolej Komuniti fokus Kelestarian Alam Bina
ProAlBi 2024 tahun ini memperkenalkan segmen baru dengan kolaborasi antarabangsa dari Kolok Industrial and Community Education College, Thailand.
JPPKK komited tingkat peratus siswazah POLYCC peroleh gaji premium
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti melaksanakan pelbagai langkah dalam usaha meningkatkan peratus siswazah memperoleh gaji premium.
TVET dapat hasilkan modal insan cemerlang, berkualiti - Raja Muda Perlis
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) merupakan gabungan ilmu dan kemahiran tinggi yang dapat menghasilkan modal insan yang cemerlang serta berkualiti.