KULIM: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mengesahkan tiada sebarang kegiatan pembalakan atau penerokaan haram di kawasan Hutan Simpan Ulu Muda (HSUM) di Sik, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Nik Nazmi berkata walaupun pihaknya telah menerima laporan berkenaan daripada JPSM, pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan perkara terbabit benar-benar tidak berlaku.
"Laporan awal JPSM yang kita terima ialah tiada aktiviti pembalakan atau penerokaan yang haram, tetapi kita akan terus teliti sebab kita terima aduan daripada pihak NGO (badan bukan kerajaan) dan sebagainya.
"... daripada apa yang diperkatakan, data daripada satelit dan sebagainya, untuk kita meneliti lanjutlah bagi memastikan memang betul tidak ada pencerobohan di sana," katanya pada sidang media sempena Lawatan Kerja Program Rumah Ibadat Hijau di Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah di sini hari ini.
Beliau berkata lembangan di kawasan hutan simpan itu sangat sensitif kerana melibatkan bekalan air untuk tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Baru-baru ini NGO berkaitan alam sekitar, RimbaWatch mendakwa kegiatan pembalakan di kawasan HSUM menyebabkan Tasik Muda, yang menjadi sumber air utama kepada pengguna Pulau Pinang dan Kedah, mengalami masalah mendapan selut.
Kajian itu dilakukan menerusi pantauan imej satelit yang mendapati Empangan Muda mula mengumpul mendapan selut sejak Mac 2023, selain keadaan itu didapati semakin membesar pada Oktober lepas.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata syor untuk menubuhkan Lembaga Lembangan Ulu Muda bagi menguruskan sumber air di kawasan tadahan air Ulu Muda bukanlah suatu perkara yang baharu.
"... tetapi kita tahu bahawa realiti hari ini Perlembagaan kita menyebut (terkandung) tentang pengurusan sumber air terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Jadi sebab itu pendekatan yang kita ambil ialah untuk menggalakkan perbincangan antara kerajaan-kerajaan negeri terlibat," katanya.
Cadangan penubuhan Lembaga Lembangan Ulu Muda dikemukakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan entiti itu bagi menguruskan sumber air di kawasan tadahan air di Ulu Muda.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kemudian dilaporkan menyifatkan cadangan itu sebagai tindakan campur tangan dalam hal ehwal wilayah Kedah dan bertekad tidak akan membenarkan cadangan seumpama itu dilaksanakan selagi Kedah di bawah pentadbirannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024
Nik Nazmi (kiri) mendengar taklimat mengenai Crop Monitoring System for Indoor Plantation Using Lot ketika melawat pameran selepas merasmikan program Rumah Ibadat Hijau (RIH) di Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah Kulim hari ini. - Foto Bernama
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
JPSM sahkan tiada pembalakan, penerokaan haram di Ulu Muda - Nik Nazmi
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia mengesahkan tiada sebarang kegiatan pembalakan atau penerokaan haram di kawasan Hutan Simpan Ulu Muda di Sik.