Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sedia melihat dan menilai semula langkah mewujudkan konsortium bagi mengendalikan dan menguruskan ternakan jika ia dapat menjayakan industri ternakan negara.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata usaha untuk mewujudkan konsortium telah dibuat beberapa tahun lepas melibatkan tiga agensi kerajaan dan syarikat milik kerajaan tetapi ketiga-tiga entiti tersebut gagal menubuhkan konsortium yang diharapkan.
"Pemerhatian daripada umum mungkin menampakkan cabaran pengeluaran lembu secara tempatan mudah diselesaikan, namun ia bukan semudah yang difikirkan kerana masalah yang dihadapi oleh industri ini adalah kompleks," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Selasa.
Memberi contoh harga, Dr Quaza Nizamuddin berkata harga daging segar tempatan adalah lebih rendah berbanding dengan harga di Indonesia, Thailand dan Vietnam.
"Berikutan harga yang rendah, pulangan ke atas pelaburan dalam industri juga rendah dengan risiko yang tinggi. Ini yang menyebabkan hanya usahawan yang secara tradisinya terlibat dalam industri terus terlibat dan tidak dapat menarik minat pelabur baharu," katanya.
Selain itu kata beliau, kawasan penternakan di negara ini adalah terhad dengan banyak syarikat kelapa sawit juga tidak menunjukkan minat untuk menjalankan integrasi ternakan lembu dan tanaman kelapa sawit.
Dalam satu lagi kenyataan, Dr Quaza Nizamuddin berkata JPV terbuka menerima pandangan dan cadangan pelbagai pihak termasuk Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mahu satu perubahan dalam industri pengimportan daging lembu, kambing dan kerbau dengan penyertaan lebih banyak syarikat bumiputera.
"Pendekatan yang perlu diambil adalah untuk melihat model perniagaan yang bersesuaian dan mempunyai ciri-ciri daya saing yang kuat.
"JPV sangat setuju untuk menubuhkan sebuah konsortium bumiputera bagi memastikan penyertaan (bumiputera) yang lebih berkesan," katanya.
Beliau juga menjelaskan JPV tidak terbabit dalam perniagaan dan pengimportan daging ke negara ini, sebaliknya hanya mengawal selia kemasukan haiwan dan produk-produk berkaitan.
Beliau berkata JPV memainkan peranan untuk mengawal selia kemasukan haiwan dan produk-produk berasaskan haiwan dari segi status penyakit haiwan, zoonotik, kebersihan dan keselamatan daging manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memastikan prosedur halal dipatuhi.
"Malaysia mengimport dari 21 buah negara dan pemeriksaan audit dikendalikan ke atas loji penyembelihan luar negara yang ingin mengeksport daging melalui pemeriksaan berdasarkan status penyakit haiwan dan zoonotik, amalan perkilangan yang baik, 'Hazard Analysis Critical Control Point dan halal.
"Loji penyembelihan perlu menepati kesemua keperluan di atas sebelum diberi kelulusan. Ianya dilakukan untuk memastikan daging dihasilkan bebas penyakit, selamat dimakan dan Halal terjamin," katanya.
Dr Quaza Nizamuddin berkata JPV juga melakukan pemeriksaan dan pengauditan ke atas loji dan rumah penyembelihan luar negara secara berjadual berdasarkan piawaian negara yang ditetapkan bagi memastikan daging yang diimport adalah bebas penyakit, selamat dan halal.
Beliau berkata senarai loji yang diberi kelulusan dipaparkan kepada umum dan boleh disemak di http://www.dvs.gov.my/index.php/pages/view/299 atau menghubungi terus loji untuk tujuan mengimport daging kerbau, lembu dan kambing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2017
Pendekatan yang perlu diambil demi kemajuan industri ternakan negara adalah untuk melihat model perniagaan yang bersesuaian dan mempunyai ciri-ciri daya saing yang kuat. - Gambar hiasan
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harga maksimum baharu ayam ambil kira kepentingan semua pihak - Rosol
Meskipun terdapat kemungkinan berlaku sedikit kenaikan, ia dilihat sebagai situasi menang-menang antara pengguna dan pemain industri ternakan.
Fi permit makanan ternakan ditangguhkan bermula hari ini
Kos bahan mentah makanan ternakan dikenal pasti sebagai antara faktor kenaikan harga bahan makanan di pasaran.
Kerajaan disaran cari penyelesaian jangka panjang isu kos makanan ternakan - Aminuddin
Isu kos makanan ternakan tidak hanya libatkan ayam tetapi haiwan lain seperti lembu, kambing, ternakan tenusu yang turut berhadapan masalah.
Pos Malaysia lancar koleksi setem Lembu Ternakan Baka Terbaik Malaysia
Menampilkan empat reka bentuk menarik dengan 250,000 keping dikeluarkan untuk setiap reka bentuk dalam denominasi RM1.30 setiap satu.
JPV sedia nilai semula langkah wujud konsortium urus ternakan negara
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sedia melihat dan menilai semula langkah mewujudkan konsortium bagi mengendalikan dan menguruskan ternakan jika ia dapat menjayakan industri ternakan negara.