[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

JTK sedang siasat klinik kesihatan tidak bayar gaji pekerja sejak bulan lalu

Astro Awani 09/04/2024 | 02:15 MYT
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sedang menyiasat isu tular berkaitan tunggakan gaji pekerja sebuah klinik swasta, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
KUALA LUMPUR: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sedang menyiasat isu tular berkaitan tunggakan gaji pekerja sebuah klinik swasta, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Dalam hantaran di akaun media sosial X beliau hari ini, Steven berterima kasih kepada pihak yang berkongsi maklumat berkenaan.
"Isu ini dalam tindakan Jabatan Tenaga Kerja. Terima kasih atas makluman," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, pekerja di rangkaian klinik swasta berkongsi mengenai tindakan majikan yang belum melunaskan gaji mereka sejak bulan lalu.
Luahan itu mendapat perhatian apabila tular di media sosial.
Selain itu pekerja berkenaan turut mendakwa, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang ditolak daripada gaji tidak dibayar kepada kedua-dua agensi berkenaan.
#Klinik swasta #tidak bayar gaji #Jabatan Tenaga Kerja #Steven Sim