awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jual sijil palsu: Reman tiga lelaki dilanjutkan

Bernama
Bernama
20/04/2018
04:35 MYT
Jual sijil palsu: Reman tiga lelaki dilanjutkan
Azam berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana terdapat banyak syarikat yang menggaji individu yang memiliki sijil palsu ini tanpa menyemak kesahihan sijil yang diberikan. - Gambar fail
Tempoh reman tiga lelaki termasuk seorang warga India disambung dua hari lagi bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengeluaran sijil akademik menggunakan nama beberapa institusi pengajian tinggi swasta di negara ini.
Majistret Khir Nizam Jemari membenarkan reman ketiga-tiga suspek dilanjutkan mulai esok hingga Ahad selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini.
Menurut laporan media, ketiga-tiga suspek berumur antara 30 dan 34 tahun yang direman lima hari bermula Isnin lepas itu ditahan dalam serbuan kira-kira 4 petang Ahad lepas di sekitar Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Sumber SPRM berkata sindiket terbabit dipercayai mengeluarkan sijil diploma, sarjana muda dan sarjana palsu tanpa memerlukan seseorang mengikuti kursus pembelajaran.
Mereka hanya mengambil masa seminggu untuk menyediakan sijil palsu itu dengan bayaran antara RM2,000 dan RM16,000, bergantung kepada jenis sijil dan IPTS, kata sumber itu.
Semalam, SPRM dilaporkan mereman seorang lagi suspek berumur 34 tahun selama enam hari kerana dipercayai terlibat dalam sindiket tersebut bagi membantu siasatan.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki dilaporkan berkata pihaknya memandang serius perkara itu kerana terdapat banyak syarikat yang menggaji individu yang memiliki sijil palsu ini tanpa menyemak kesahihan sijil yang diberikan.
Beliau berkata perkara itu perlu diberi penekanan supaya majikan dapat menggajikan individu yang benar-benar berkelayakan untuk sesuatu jawatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#institusi pengajian tinggi swasta
#ipts
#Putrajaya
#Rasuah
#reman
#siasatan
#sijil palsu
#sindiket
#SPRM
#suspek
#warga india
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan