awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jual tanah wakaf: Mantan pengerusi dan setiausaha masjid direman

Raffi Bachik
Raffi Bachik
03/05/2017
04:27 MYT
Jual tanah wakaf: Mantan pengerusi dan setiausaha masjid direman
Suspek ditahan sekitar 7 petang semalam ketika diminta hadir ke pejabat SPRM Negeri Melaka bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. - Foto Astro AWANI
Seorang bekas pengerusi dan bekas setiausaha Masjid Al-Hamideen, Melaka ditahan reman empat hari bermula hari ini kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM116,000 dalam urusan jual beli tanah wakaf milik masjid berkenaan pada tahun 2012 lalu.
Perintah reman sehingga 6 Mei ini, dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka Mohd Anuar Ostadi terhadap suspek yang masing-masing berusia 61 dan 46 tahun.
Kedua-dua mereka dipercayai telah menjual tanah wakaf milik Masjid Al Hamideen yang terletak di Bukit Cina, Melaka kepada seorang lelaki bukan Islam yang tidak layak untuk memiliki tanah wakaf terbabit.
Mereka difahamkan menerima rasuah dengan menjual tanah yang telah diamanahkan kepada mereka untuk kepentingan diri sendiri.
Kedua-dua suspek ditahan sekitar 7 petang semalam ketika diminta hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka bagi membantu siasatan berhubung kes beekenaan.
BACA: Jual tanah wakaf: SPRM tahan mantan pengerusi dan mantan setiausaha masjid
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, kedua-dua suspek yang berkemeja T hitam dan berkemeja merah tiba sekitar jam 10.40 pagi tadi dengan diiringi beberapa pegawai dan anggota SPRM.
Topic Berkaitan
#lelaki
#Mahkamah Majistret
#Rasuah
#suspek
#Tanah Wakaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan