KUALA LUMPUR: Tindakan menjual semula tiket konsert Coldplay pada harga berlipat kali ganda daripada harga asal mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau secara terbuka membidas pihak yang meraih keuntungan itu di akaun Twitter peribadi beliau, hari ini.
"Ini keterlaluan - isu tiket di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara
"Insya-Allah saya bangkit dengan menteri Salehuddin Ayub," katanya dalam hantaran tersebut.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan terdapat pihak yang membeli tiket konsert Coldplay "Cat 1" yang harga asalnya sebanyak RM1,288 dijual semula pada harga RM43,200.
Ada pembeli yang menjual semula tiket di di platform dalam talian Mudah dan Carousell pada harga berkali-kali ganda berbanding nilai asal.
Tinjauan mendapati terdapat individu dipercayai kumpulan 'scalper' atau pembeli tiket hantu menjual semula tiket konsert siri jelajah Coldplay iaitu Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Bukit Jalil pada 22 November depan.
Konsert kumpulan muzik tersohor dari United Kingdom itu mendapat sambutan luar biasa sebaik dibuka untuk jualan kepada umum pada Rabu.
Astro AWANI melaporkan, tiket konsert kumpulan itu habis dijual pada Rabu, sehari selepas jualan dibuka khusus untuk pengguna kad CIMB.
Salah satu penganjur konsert, Live Nation mengumumkan penjualan tiket ditutup kira-kira 1 tengah hari Rabu, iaitu kurang empat jam selepas jualan umum dibuka pada jam 10 pagi.
Astro Awani
Thu May 18 2023

Tindakan menjual semula tiket konsert Coldplay pada harga berlipat kali ganda daripada harga asal mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Gobind Singh raih undi tertinggi pada pemilihan CEC DAP 2025
Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo meraih undi tertinggi pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP sempena Kongres Kebangsaan ke-18 parti itu yang berlangsung hari ini.
Astro meriahkan raya, Nyam Nyam Ketupat jadi tumpuan
Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih meriah dengan lebih 160 program eksklusif yang disediakan di Astro, merangkumi drama, konsert, rancangan komedi serta pelbagai kandungan hiburan untuk tontonan seisi keluarga.
Program Iftar @Kl kembali meriah
Program Iftar @kl kembali memeriahkan sambutan bulan Ramadan.
Dan kali ini ia memasuki edisi ke-13 yang dianjurkan oleh Motac melalui Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara.
Dan untuk perkembangannya, kita bersama Hasimi Muhamad di Dataran Merdeka.
Dan kali ini ia memasuki edisi ke-13 yang dianjurkan oleh Motac melalui Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara.
Dan untuk perkembangannya, kita bersama Hasimi Muhamad di Dataran Merdeka.
Rindu gulai ikan temenung ayah
Ramadan tahun ini, tiada lagi gulai ikan temenung dan alunan susara ayah membawa ayat suci Al-Quran di rumah.

SBP sedia terima 70 peratus pelajar pilih aliran STEM - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata cadangan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan perkara itu baru-baru ini adalah selari dengan dasar yang sedang dilaksanakan KPM.
Fadillah sahkan sudah terima surat permohonan PN
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau baharu menerima surat berkenaan yang dihantar oleh Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Islam tidak mengajar hina agama lain – Mohd Na’im
Sebarang bentuk penghinaan terhadap Islam tidak akan dibiarkan seiring dengan ajaran agama itu yang turut melarang perbuatan menghina agama lain.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi memastikan kes penghinaan terhadap islam dibawa ke muka pengadilan.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi memastikan kes penghinaan terhadap islam dibawa ke muka pengadilan.
DAP tidak undang BN, bukan BN boikot
DAP menepis dakwaan kononnya pemimpin Barisan Nasional (BN) memboikot penganjuran Kongres DAP Ke-18 hari ini.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, ketiadaan pimpinan BN disebabkan jemputan hanya diberi kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH).
Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, ketiadaan pimpinan BN disebabkan jemputan hanya diberi kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH).

E-Sukan mampu sumbang pingat di Sukan Asia 2026 - Adam Adli
Sukan elektronik (e-sukan) dijangka mampu menyumbang kutipan pingat buat kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.
Perbuatan manusia punca lebih 100 hektar kebakaran hutan
Perbuatan manusia dipercayai menjadi punca lebih seratus hektar kawasan kebun nenas dan hutan di Kampung Cenderawasih, Pahang terbakar sejak awal bulan lalu.

Konsert Coldplay: Kuala Lumpur rekod kehadiran tertinggi, perolehan RM52 juta
Konsert di Kuala Lumpur juga meraih kutipan AS$10,904,369, perolehan tiket kedua tertinggi bagi Coldplay, selepas GBK.

Siti Nurhaliza tak perlu risau, final Piala Malaysia sudah atasi Coldplay
Siti mungkin tidak perlu bimbang lagi berikutan rekod kehadiran konsertnya diatasi Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil bulan lalu.

Ramai puas hati dengan Coldplay
Chris Martin siap berpantun, 'payung' peminat dengan lagu-lagu kegemaran.

PDRM buat persiapan rapi menjelang konsert Coldplay
PDRM akan menjalankan pemeriksaan tubuh badan dan beg serta barangan akan dilakukan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki perkarangan stadium.

Konsert Coldplay: PM Anwar akan bincang dengan Mufti Wilayah
Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan menggesa penganjur membatalkan konsert Coldplay yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Rabu ini.

Kalah Coldplay dan Taylor Swift, Jacky Cheung buat konsert 11 hari di Singapura
Penganjur juga mendakwa persembahan selama 11 hari akan menjadikan ia sebagai persembahan terbanyak yang pernah diadakan oleh seorang penyanyi solo di Singapura.

Konsert Coldplay: Perlu ada strategi agresif bangkitkan pelancongan di Malaysia - Khairy
Konsert kumpulan rock Coldplay ditambah menjadi enam hari di Singapura terus menjadi topik hangat rakyat Malaysia ketika ini.

Konsert hari keenam Coldplay di Singapura 'sold out' dalam tempoh 2 jam
Coldplay awalnya dijadual mengadakan konsert di Singapura pada 23, 24, 26, dan 27 Januari 2024.

Malaysia terlepas peluang ekonomi Coldplay - Syed Saddiq
Singapura bakal mengutip hasil jualan tiket sebanyak RM180 juta bagi konsert selama enam hari itu.

MOTAC teliti aduan kekurangan konsert, tunggu permohonan penganjur Coldplay
MOTAC akan meneliti aduan kekurangan konsert artis luar negara membuat persembahan di negara ini.