KUALA LUMPUR: Inisiatif institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan menyediakan menu makanan berkualiti dengan harga serendah RM3.50 bagi setiap hidangan sememangnya amat membantu dalam meringankan beban kos sara hidup penuntut IPT khususnya golongan B40.
Inisiatif IPT berkenaan secara langsung menyahut saranan Kementerian Pengajian Tinggi supaya pihak IPT menyediakan jualan makanan di dalam kampus dengan setiap hidangan pada harga siling RM3.50 menerusi inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia.
Antara IPT awam setakat ini yang sedang melaksanakan inisiatif berkenaan ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaya (UM).
Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM Nuruliman Ibrahim berkata pihaknya melaksanakan jualan makanan serendah RM3.50 bagi kepada kesemua warga UPM di bawah inisiatif Menu Kasih Pelajar Keluarga Malaysia sejak 8 Julai lepas.
"Sebelum ini makanan yang dijual adalah sekitar RM7 sehingga RM8. Namun, dengan pelaksanaan usaha ini, semua penuntut serta warga kerja UPM mampu membeli makanan serendah RM3.50. Ini membolehkan mereka mendapatkan hidangan lengkap dan bernutrisi dengan harga berpatutan," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Terdahulu, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad mengumumkan menu makanan berkualiti dengan harga siling RM3.50 bagi setiap hidangan akan diperkenalkan menerusi inisiatif Food Basket Siswa Keluarga Malaysia, pada 4 Julai lepas.
Sementara itu, mahasiswa semester akhir jurusan Sarjana Muda Pendidikan, Bimbingan dan Kaunseling UPM Ahmad Khairul Amir Kamaluddin, 24, berkata inisiatif itu memang baik kerana ia dapat meringankan beban kos harian mahasiswa.
Ahmad Khairul yang kini menjalani latihan industri sebagai guru kaunseling dan perniagaan di Putrajaya berharap pemantauan berkala di gerai-gerai peniaga terbabit dapat dilaksanakan pihak universiti agar kualiti serta kuantiti makanan sentiasa pada tahap terbaik.
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS Eliezer Nevall Anthony berkata program sedemikian dilihat membantu penuntut di UMS yang hampir 60 peratus terdiri daripada golongan B40.
"Program sebegini amat baik dilakukan oleh pihak universiti bagi menjaga kebajikan penuntut yang kurang berkemampuan. Harga RM3.50 yang dilaksanakan dengan beberapa pilihan menu adalah mencukupi untuk keperluan makanan harian penuntut di sini dan mereka berpuas hati," katanya.
Beliau bagaimanapun menyarankan agar pelaksanaan program itu dibuat secara menyeluruh di dalam kampus itu memandangkan buat masa ini ianya ia hanya dilaksanakan di kafeteria tertentu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 12 2022
Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM melaksanakan jualan makanan serendah RM3.50 bagi kepada kesemua warga UPM di bawah inisiatif Menu Kasih Pelajar Keluarga Malaysia sejak 8 Julai lepas. - Facebook MPP UPM
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Hampir 4,000 barangan makanan dijangka alami kenaikan harga di Jepun
Trend kenaikan harga makanan di Jepun dijangka berterusan tahun depan apabila lebih 3,900 barangan makanan akan mengalami kenaikan harga antara Januari dan April, lapor Xinhua.
Belanjawan 2025: KPDN manfaat peruntukan untuk gerak agenda tangani ketirisan
KPDN akan menggunakan peruntukan dalam Belanjawan 2025 untuk menggerakkan agenda menangani ketirisan melalui pemantauan dan penguatkuasaan.
Kajian rapi perlu kait bantuan tunai dengan inflasi - Pakar
Walaupun mengaitkan bantuan tunai dengan inflasi adalah langkah wajar, ia tidak seharusnya diikat terus kepada kadar inflasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Belanjawan 2025: RM1 bilion tangani kos sara hidup
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
Kerajaan dijangka umum Perintah Gaji Minimum baharu dalam Belanjawan 2025 – Pakar
Kerajaan dijangka mengumumkan Perintah Gaji Minimum (PGM) baharu dalam Belanjawan 2025 pada 18 Oktober akan datang.
PJRM bakal diperluas ke pasar awam - Armizan
KPDN akan memperluas pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani di pasar awam secara bersasar yang dijangka bermula Oktober ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 September 2024.
Kerajaan Perpaduan fokus tangani isu rakyat, ekonomi - Fahmi
Menjelang 22 bulan pentadbiran, Kerajaan Perpaduan kekal fokus pada usaha menangani masalah rakyat terutamanya mengenai kos sara hidup.
PM Thailand gariskan dasar komprehensif untuk majukan negara
Paetongtarn menegaskan bahawa kerajaan akan segera menangani isu-isu seperti hutang isi rumah, kos sara hidup dan pendapatan yang ketinggalan.