awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan mercun, bunga api dalam talian dilarang - Saifuddin Nasution

Sinar Harian
Sinar Harian
02/04/2023
06:15 MYT
Jualan mercun, bunga api dalam talian dilarang - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya ada aduan berkaitan penjualan secara dalam talian dikesan. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Sebarang bentuk penjualan mercun dan bunga api secara dalam talian adalah dilarang, walaupun ia membabitkan jenis produk yang dibenarkan untuk dijual.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada garis panduan yang diputuskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memberi kebenaran kepada penjualan 46 bunga api jenis 'happy boom' dan pop-pop.
"Jualan secara dalam talian tidak dibenarkan, saya tegaskan bahawa KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau untuk memastikan penjual yang mempunyai permit sah menjual jenis bunga api yang dibenarkan.
"Malah jualan juga harus dibuat di tempat-tempat atau premis yang dianggap selamat dan pihak berkuasa akan terus melaksanakan penguatkuasaan mengikut Akta Bahan Letupan 1957," katanya ketika ditemui media di Putrajaya pada Sabtu.
Saifuddin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya ada aduan berkaitan penjualan secara dalam talian dikesan.
"Sebarang tindakan pemantauan, pemeriksaan dan penguatkuasaan akan dilaksanakan oleh PDRM dan KDN serta ia melibatkan agensi penguatkuasaan lain seperti Kastam Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, kelulusan untuk mengimport, menyimpan dan menjual mercun hanya diberikan kepada 27 buah syarikat yang mematuhi garis panduan serta syarat PDRM.
"Pihak Kastam akan memastikan hanya syarikat yang mempunyai permit sah untuk mengimport bunga api dan mercun yang dibenarkan sahaja.
"PBT akan memainkan peranan mereka bagi memastikan penjual yang mempunyai permit sah sahaja yang boleh menjual bunga api dan mercun itu," katanya.
Beliau turut menegaskan, ia menjadi bidang tugas kementeriannya dan pihak polis bagi memantau proses import dan penjualan mercun dan bunga api, berdasarkan Akta Bahan Letupan 1957 dan Peraturan Bahan Letupan 1923.
"Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi undang-undang dengan hanya membeli dari penjual yang mempunyai permit jualan yang sah serta memastikan bahan tersebut melepasi aspek keselamatan yang telah ditetapkan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penjualan mercun dan bunga api
#dalam talian
#Saifuddin Nasution
#KDN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan