awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juara Paralimpik Tokyo hulur bantuan kepada mangsa banjir di Selangor

Bernama
Bernama
25/12/2021
20:00 MYT
Juara Paralimpik Tokyo hulur bantuan kepada mangsa banjir di Selangor
Antara barangan yang disumbangkan Liek Hou adalah makanan kering, selimut serta barangan elektrik. -Bernama
KUALA LUMPUR: Selepas menggembirakan rakyat Malaysia dengan kejayaan merangkul pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou hari ini menceriakan mangsa bencana banjir di sekitar Hulu Langat dan Bukit Tadom di Selangor.
Juara dunia sebanyak enam kali itu mengorbankan masa sebagai atlet dengan turun padang menghulurkan sumbangan kepada masyarakat setempat yang terkesan akibat bencana alam itu.
Menurut hantaran di laman Facebooknya, antara barangan yang disumbangkan Liek Hou adalah makanan kering, selimut serta barangan elektrik.
Atlet berusia 33 tahun itu berkata beliau tidak dapat membayangkan kesedihan dan kekecewaan penduduk di kawasan itu selepas melihat keadaan jalan raya, jambatan, perumahan, kedai-kedai dan kenderaan yang rosak sepanjang perjalanan ke kedua-dua kawasan tersebut.
"Semoga sedikit pertolongan daripada saya dapat membantu mereka. Terima kasih kepada kawan-kawan sekalian yang memberi sumbangan dan pertolongan dari semua aspek.
"Semoga semua dalam keadaan yang baik dan boleh pulih secepat mungkin," katanya.
Pada September lepas, Liek Hou menjadi pemenang pingat emas acara badminton Sukan Paralimpik yang pertama apabila mengungguli acara kelas SU5 (kecacatan fizikal) dengan menewaskan Anrimusthi Dheva dari Indonesia di pentas final.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Paralimpik Tokyo
#mangsa banjir
#Cheah Liek Hou
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan