awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu

Bernama
Bernama
13/05/2024
04:50 MYT
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina merupakan Ketua Pengarah yang ke-19 jabatan itu dan wanita kedua dilantik menerajui JaPen sejak agensi itu ditubuhkan pada 1945. - Gambar/ JaPen
PUTRAJAYA: Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen dalam kenyataan hari ini memaklumkan Julina merupakan Ketua Pengarah yang ke-19 jabatan itu dan wanita kedua dilantik menerajui JaPen sejak agensi itu ditubuhkan pada 1945.
Julina, 53, anak kelahiran Johor sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), JaPen pada 2023.
Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa kementerian antaranya Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri.
"Melalui pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh beliau, diyakini akan dapat memperkasakan urus tadbir serta meneruskan kecemerlangan JaPen," menurut kenyataan itu.
Memegang Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat daripada Universiti Putra Malaysia, Julina yang memulakan karier sebagai penjawat awam pada 1996 mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan awam kerajaan dan komunikasi strategik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Penerangan
#Ketua Pengarah
#Julina Johan
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan