awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah Ahli Parlimen GPS yang ramai bawa lebih manfaat kepada Sarawak - Fadillah

Bernama
Bernama
18/10/2022
09:39 MYT
Jumlah Ahli Parlimen GPS yang ramai bawa lebih manfaat kepada Sarawak - Fadillah
Bilangan Ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ramai dalam Kerajaan Persekutuan akan dapat membawa suara dari negeri Sarawak yang lebih kukuh dan tegas.
KUCHING: Bilangan Ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ramai dalam Kerajaan Persekutuan akan dapat membawa suara dari negeri Sarawak yang lebih kukuh dan tegas dalam membuat sebarang tuntutan bagi manfaat negeri serta penduduknya, kata Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dalam kenyataan hari ini beliau berkata, pelbagai peristiwa yang dilalui serta rekod kecemerlangan GPS sejak penubuhannya pada 2018 membuktikan bahawa blok Ahli Parlimen yang kukuh dari GPS dalam kerajaan telah membawa banyak manfaat kepada Sarawak.
Kenyataan beliau itu dikeluarkan bagi menjawab dakwaan Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan yang menggesa pemilih di Sarawak supaya tidak mengundi GPS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, kerana menurutnya ia tidak memberi apa-apa manfaat.
"Kenyataan Voon Lee Shan supaya pemilih di Sarawak melemahkan GPS dengan tidak mengundi untuk Gabungan ini pada PRU15 nanti adalah berdasarkan idea mereka bahawa kerajaan persekutuan yang kukuh tidak memberi manfaat kepada Sarawak, ia adalah berdasarkan idea mangarut, tidak masuk akal sama sekali," kata beliau yang juga merupakan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Selain PBB, parti lain yang menganggotai GPS adalah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
PBK merupakan salah satu parti pembangkang tempatan di Sarawak yang baru-baru ini mengadakan kerjasama dengan dua lagi parti tempatan yakni Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Fadillah Yusof
#Ahli Parlimen GPS
#Sarawak
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan