KUALA LUMPUR : Jumlah kematian harian yang direkodkan sepanjang 24 jam lalu terus melebihi 200 kes untuk dua hari berturut-turut.

Berikut lima perkara penting kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM) pada Selasa:

1. Angka jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan 16,117  kes dalam tempoh 24 jam lalu.

2. Selangor masih menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 6,616  kes diikuti Kuala Lumpur  (2,457), Kedah (1,000), Johor (907) dan Sabah (741).

3. Sebanyak 9,327 kes sembuh dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 853,913.

4. 207 kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif korban akibat COVID-19 meningkat kepada 8,408 kes.

5. Kes yang memerlukan rujukan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 1,023 kes, manakala 524 pesakit lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.