Jumlah kes aktif kembali lebih 1,000! Ini tumpuan kenyataan KKM hari ini

Faris Danial Razi
September 28, 2020 10:26 MYT
Jumlah kes aktif kebolehjangkitan kembali melebihi angka 1,000, buat kali pertama sejak 14 Jun lalu.
KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 di Malaysia masih lagi mencatatkan tiga digit, selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 115 lagi kes positif pada Isnin.
Apa yang lebih membimbangkan, jumlah kes aktif kebolehjangkitan kembali melebihi angka 1,000 iaitu meningkat kepada 1,011 kes. Kali terakhir Malaysia mencatatkan jumlah kes aktif melebihi 1,000 adalah pada 13 Jun lalu dengan 1,014 kes.
Ini lima fokus utama kenyataan media berkaitan COVID-19 pada Isnin, 28 September 2020:
1) Kes positif masih lagi tiga digit, selepas sebanyak 115 lagi kes dilaporkan.
2) Jumlah kumulatif kes kini meningkat kepada 11,034 kes.
3) Jumlah kes aktif kebolehjangkitan kembali melebihi angka 1,000, iaitu kali pertama sejak 14 Jun lalu.
4) 54 lagi kes disahkan pulih dan ia menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 9,889.
5) Tiada kluster baharu dan kes kematian baharu dilaporkan.

Terkini COVID-19; 28 Sept 2020 Jumlah discaj baru:54 Jumlah kumulatif:9889 (89.62%) Jumlah kes baru;115 Jumlah kumulatif:11034 Jumlah kes aktif:1011 Kes tempatan:112(98WN, 14BWN) Kes import:3(1WN, 2BWN) Jumlah kematian:0 Jumlah kumulatif:134 (1.21%) Kes di ICU:8 intubated:5 pic.twitter.com/mmfgHf2A3x

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: COVID-19: Kes baharu kekal tiga angka, jumlah kes aktif sekali lagi lepasi 1,000
#Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #KKM #koronavirus #kes positif #Media #kesihatan #ICU #jumlah kes aktif