Jumlah kes baharu COVID-19 menurun, 14,954 kes dicatat hari ini

Firdaus Azil
September 19, 2021 08:21 MYT
Dr Noor Hisham dalam perkongsian terbaharu di akaun Twitternya berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan 2,097,830 kes. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu harian COVID-19 di negara ini terus menurun, iaitu 14,954 kes sehingga 12 tengah hari tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian terbaharu di akaun Twitternya berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia adalah 2,097,830 kes.
Menurut perkongsian dari Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-9 (CITF) pula, Sarawak terus menjadi negeri dengan jangkitan baharu tertinggi, iaitu sebanyak 2,707 kes, diikuti Selangor (2,028), Johor (1948), Kelantan (1,420), Sabah (1,356), Pulau Pinang (1,259), dan Perak (1,222).
Negeri lain yang mencatat kes baharu di bawah 1,000 ialah - Kedah (809), Pahang (705), Terengganu (671), Kuala Lumpur (383), Melaka (207), dan Negeri Sembilan (144).
Sementara itu Perlis mencatat 76 kes baharu, diikuti Putrajaya (19), manakala Labuan tiada sebarang kes baharu.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 5 petang Sabtu, jumlah penggunaan katil COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah peratus, manakala penggunaan katil bukan ICU sebanyak 67 peratus.

3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 19 September 2021, 12:00 Tengah Hari) Bilangan kes baharu14,954 kes Bilangan kes kumulatif 2,097,830 kes

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sehingga tengah malam Sabtu, 67.2 peratus populasi keseluruhan di negara ini telah menerima satu dos vaksin COVID-19, manakala 56 peratus populasi keseluruhan lengkap kedua-dua dos vaksin.
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, 93.1 peratus populasi dewasa telah menerima satu dos, manakala 78.2 peratus populasi dewasa lengkap kedua-dua dos vaksin COVID-19.
#Kes baharu COVID-19 #vaksinasi #Dr Noor Hisham Abdullah #populasi negara