awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,734 kes minggu lalu

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
02/12/2022
03:20 MYT
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,734 kes minggu lalu
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 56,304 kes berbanding 23,547 kes bagi tempoh sama tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 32,757 kes. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi dilaporkan meningkat 8.9 peratus atau 141 kes iaitu sebanyak 1,734 kes pada minggu lalu berbanding 1,593 pada minggu sebelumnya.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, statistik untuk Minggu Epidemiologi (ME) ke-47 bagi tempoh 20 hingga 26 November lalu itu juga tidak melaporkan sebarang kematian akibat komplikasi demam denggi.
"Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 56,304 kes berbanding 23,547 kes bagi tempoh sama tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 32,757 kes (139.1 peratus).
"Manakala sebanyak 37 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 18 kematian bagi tempoh sama tahun lalu," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Tambahnya, sebanyak 54 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 61 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.
25 lokaliti hotspot berada di Selangor dan 19 lokaliti hotspot di Sabah.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Situasi Semasa Demam Denggi Di Malaysia Minggu Epidemiologi 47 (20 November 26 November 2022) pic.twitter.com/FR50JCAC94
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) December 2, 2022
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#demam denggi
#Kes
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan