KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus mencecah empat angka dengan jumlah kes positif yang dilaporkan dalam tempoh 24 ialah sebanyak 2,331 kes.

Negeri Selangor pula merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 751 kes.

Berikut antara tumpuan kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Sabtu:

1)  Sebanyak 2,331 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan, jumlah kes keseluruhan sebanyak 372,859  kes.

2)  Lima korban akibat COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah kematian di Malaysia kini 1,370.

3)  Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini menjadi 19,094 kes.

4) Sebanyak 225 pesakit sedang dirawat di ICU manakala 92 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5) KKM sahkan pertambahan sebanyak lapan kluster baharu.

BACA: COVID-19: 2,331 jangkitan baharu, Selangor dan Kuala Lumpur rekod 1,003 kes