MALAYSIA

Jumlah mangsa banjir berkurang di tiga PPS Sarawak

Bernama 16/01/2026 | 09:06 MYT
JPBN Sarawak memberitahu, terdapat trend menurun dari segi jumlah mangsa di PPS. - Gambar fail/Bernama
BINTULU: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menurun sedikit kepada 415 mangsa daripada 123 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 427 orang daripada 129 keluarga pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan PPS Dewan Suarah Bintulu menempatkan 185 mangsa daripada 53 keluarga, PPS Balai Raya Sebauh (150 mangsa daripada 49 keluarga) dan PPS Dewan Sri Kemena SMK Sebauh (80 mangsa daripada 21 keluarga).

"Terdapat trend menurun dari segi jumlah mangsa di PPS," menurutnya dalam kenyataan petang ini.

Banjir di Sarawak bermula sejak 31 Dis lepas apabila beberapa kawasan di sekitar bandar raya Kuching dinaiki air susulan hujan lebat berterusan.

-- BERNAMA

#mangsa banjir #banjir Sarawak #PPS #penduduk terjejas #JPBN Sarawak