awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Johor, Sabah kekal

Bernama
Bernama
20/04/2025
02:10 MYT
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS di Johor dan PPK di Sabah tidak berubah pagi ini. - Foto fail/APM
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah tidak berubah pagi ini.
Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata jumlah mangsa yang masih berlindung di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat kekal 25 orang daripada sembilan keluarga hingga 8 pagi ini.
"Selain itu, kawasan yang masih lagi terjejas ialah Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 Jalan Muar, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Azmi berkata hanya Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, dilaporkan melebihi paras amaran dengan bacaan 8.56 meter iaitu trend menurun.
Beliau berkata cuaca di 10 daerah di Johor diramalkan cerah pagi ini.
Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di daerah Beaufort kekal 155 mangsa daripada 54 keluarga setakat pagi ini dan berlindung di PPK Selagon.
Sekretariat itu dalam kenyataan memaklumkan sebanyak enam kampung masih terjejas banjir di daerah itu.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Banjir 2024
#monsun timur laut
#PPS
#PPK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan