awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun

Bernama
Bernama
13/01/2022
03:47 MYT
Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun
Jumlah mangsa banjir di Johor setakat 8 pagi ini semakin berkurangan kepada 705 orang daripada 206 keluarga berbanding 1,044 orang petang semalam. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor setakat 8 pagi ini semakin berkurangan kepada 705 orang daripada 206 keluarga berbanding 1,044 orang petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata tiga daerah masih terjejas banjir melibatkan 17 pusat pemindahan sementara (PPS), dengan Muar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 367 orang, diikuti Segamat (326) dan Tangkak (12).
"Stesen Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar kekal pada paras bahaya namun menunjukkan trend penurunan, manakala stesen Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat merekodkan paras amaran namun turut mengalami trend penurunan.
"Cuaca di seluruh negeri kini dilaporkan cerah termasuk di daerah terjejas banjir," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jalan Felda Bukit Aping di Kota Tinggi masih ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian tanah runtuh.
Sementara itu di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata mangsa banjir di Melaka kekal kepada 15 mangsa daripada lima keluarga pada 8 pagi ini, yang ditempatkan di satu PPS di Jasin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vidyananthan
#mangsa banjir di Johor
#Cuthbert John Martin Quadra
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan