awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Kedah berkurangan, Perak kekal

Bernama
Bernama
02/11/2025
02:50 MYT
Jumlah mangsa banjir di Kedah berkurangan, Perak kekal
Di Perak, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Manjung masih kekal 124 orang daripada 33 keluarga. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kedah mencatatkan penurunan manakala di Perak kekal, setakat pagi ini.
Di KEDAH, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan. jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 259 orang daripada 60 keluarga berbanding 264 orang daripada 61 keluarga, malam tadi.
Kesemua mangsa dari daerah Pendang masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Intan Shafinaz.
Di PERAK, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Manjung masih kekal 124 orang daripada 33 keluarga.
Kesemua mangsa banjir dari Kampung Padang Serai ditempatkan di PPS berkenaan sejak 23 Okt berikutan air di kawasan kampung berkenaan masih belum surut sepenuhnya.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan memaklumkan, paras air Sungai Kinta di daerah Kinta berada pada tahap amaran dengan bacaan 248.02 meter (m), melebihi paras normal 243.5m.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa banjir
#Pusat Pemindahan Sementara
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan